05:40
Imsak
05:50
Subuh
13:12
Zohor
16:34
Asar
19:20
Maghrib
20:33
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

JAWI Prihatin Ibadah Pesakit ; Semakan Arah Kiblat di HKL & PPUKM

 
kiblat

20 April 2016M | 12 Rejab 1437H (Rabu) – Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) melalui Unit Kebajikan Islam, Bahagian Pengurusan Dakwah telah melaksanakan program semakan semula penentuan arah kiblat di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) pada 19 April 2016 dan Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada 20 April 2016 dengan kerjasama Unit Falak, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan bermula jam 9.00 pagi dan berakhir pada jam 5 petang.

Program semakan semula penentuan arah kiblat ini telah melibatkan seramai 5 orang staf Unit Kebajikan Islam, Bahagian Pengurusan Dakwah diketuai Ustazah Zaitun binti Zakaria, Penolong Pengarah Kanan Bahagian Pengurusan Dakwah, JAWI dengan kerjasama seramai 4 orang staf Unit Falak, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan diketuai Ustaz Khairul Anuar bin Yazid.

Program semakan semula peentuan arah kiblat ini telah dilaksanakan di wad-wad pesakit PPUKM dan HKL bagi memastikan para pesakit dan juga staf hospital dapat menunaikan ibadah solat dengan mengarah kepada kiblat yang tepat sekaligus meningkatkan kesempurnaan ibadah solat. Aktiviti pemasangan tanda penunjuk arah kiblat turut dilaksanakan usai proses penentuan arah kiblat oleh Unit Falak, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan. Semoga program yang serupa dapat diperluaskan di hospital-hospital dan pusat-pusat perubatan sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sekaligus membuktikan keprihatinan JAWI terhadap ibadah solat yang sempurna di kalangan pesakit. 

kiblat5 kiblat1
kiblat2 kiblat6
   


Disediakan Oleh:

Bahagian Pengurusan Dakwah,
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan. 

 

 


Cetak   Emel