05:42
Imsak
05:52
Subuh
13:13
Zohor
16:32
Asar
19:20
Maghrib
20:32
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Masjid Amaniah Bermunajat Memohon Hujan Rahmat

 
IMG-20160419-WA0016

19 April 2016 ( Selasa ) – Masjid Amaniah Kepong, Kuala Lumpur telah mengadakan solat sunat Istisqa’ selepas solat zohor pada hari ini. Solat ini dilaksanakan atas saranan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan  berikutan  fenomena El-Nino dan gelombang haba yang sedang melanda Malaysia.

Kehadiran jemaah bagi pelaksanaan solat sunat Istisqa’ ini amatlah memberangsangkan. Selesai solat sunat Istisqa’, khutbah Istisqa’ telah disampaikan oleh YBhg. Ustaz Ahmad Rosidi bin Mohmad, Ketua Imam Masjid Amaniah Kepong, Kuala Lumpur.

Antara intipati khutbah yang disampaikan ialah orang Islam hendaklah sentiasa beristighfar kepada Allah dan menginsafi bahawa setiap apa yang berlaku ini adalah kehendak Allah swt. Pada akhir khutbah, khatib berpesan agar jamaah  sentiasa bermuhasabah dan meningkatkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah.

 

IMG-20160419-WA0018 IMG-20160419-WA0019
IMG-20160419-WA0022 IMG-20160419-WA0016
   


Disediakan Oleh:

Masjid Amaniah Kepong, Kuala Lumpur
Pusat Zon 1,
Bahagian Pengurusan Masjid,
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan. 

 

 


Cetak   Emel