05:42
Imsak
05:52
Subuh
13:13
Zohor
16:32
Asar
19:20
Maghrib
20:32
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

JAWI Bersama-sama Membangun Sahsiah & Membentuk Peribadi Saudara Baru

 
saudarabaru

19 April 2016 (Selasa) - Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan JAWI melalui Cawangan Kebajikan Saudara Baru, Bahagian Pengurusan Dakwah telah mengadakan Kem Pembangunan Sahsiah, Program Pemangkin Ummah Mencintai Ilahi bersama pelajar Muallaf yang diadakan di The Wood Resort, Ulu Yam, Selangor pada 15 - 16 April 2016 (Jumaat - Sabtu) yang lalu. Program selama 2 hari 1 malam ini melibatkan 20 orang peserta dan di bantu oleh 6 orang fasilitator yang terdiri daripada pelajar Kelas Pengajian Saudara Baru anjuran JAWI.

Objektif kursus ini di adakan adalah untuk melahirkan pelajar-pelajar yang berdaya saing serta mampu menjadi pemimpin di kalangan masyarakat serta memantapkan akidah para pelajar. Antara pengisian yang dimasukkan dalam program ini adalah slot motivasi yang bertajuk “Kenapa Saya Menganut Agama Islam” yang di sampaikan sendiri oleh Tuan Yusof bin Mamat, Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Pengurusan Dakwah. Selain itu, turut di jalankan ialah aktiviti luar seperti LDK, 'Ice Breaking', 'Add Pahala, Delete Dosa' dan beberapa aktiviti lain.

Secara keseluruhannya, para peserta amat berpuashati dengan program yang dijalankan dan mengharapkan program sebegini dapat lebih kerap dianjurkan oleh pihak pengurusan di masa-masa akan datang.

Majlis perasmian penutup dan sesi penyampaian hadiah dan sijil penyertaan kepada semua peserta yang terlibat telah disempurnakan oleh Tuan Haji Yaakob bin Abdul Rahim, Timbalan Pengarah Operasi Jabatan Agama Wilayah Persekutuan sebagai menghargai komitmen serta kesungguhan yang telah mereka tunjukkan sepanjang program dijalankan.

saudarabaru1 saudarabaru2
saudarabaru3 saudarabaru5
 saudarabaru7  saudarabaru6


Disediakan Oleh:

Bahagian Pengurusan Dakwah,
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan. 

 

 


Cetak   Emel