05:42
Imsak
05:52
Subuh
13:13
Zohor
16:32
Asar
19:20
Maghrib
20:32
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Imam, Bilal Bagaikan Wartawan (Bengkel Penulisan dan Penyediaan Laporan Berkualiti)

 

111111

18 April 2016 (Isnin). Pejabat Pentadbiran Pusat Zon 1 dan Pusat Zon 6, Bahagian Pengurusan Masjid telah mengadakan Bengkel Penulisan dan Penyediaan Laporan Berkualiti untuk pegawai masjid di bawah Pejabat Pentadbiran Zon 1 dan Zon 6 bertempat di Dewan Masjid Ar-Rahman, Lembah Pantai, Kuala Lumpur. Program ini telah berjalan dengan lancar dan dihadiri seramai 60 orang Pegawai Masjid daripada kedua-dua zon yang terlibat.

1

Bengkel yang diadakan ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada Pegawai Masjid berkenaan teknik penulisan laporan yang berkualiti dan teknik fotografi untuk melengkapkan sebuah penulisan laporan bergambar. Program ini telah diserikan dengan kehadiran Tuan Haji Jaafar bin Ismail, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Pengurusan Masjid, JAWI yang telah berkongsi ilmu mengenai Penyediaan Laporan Berkualiti kepada semua peserta.

1

Bengkel ini juga turut disusuli dengan penerangan daripada En. Mohd Saiful Anuar bin Saad, Pegawai MAIWP melalui slot Kaedah Fotografi Berkualiti dan di akhir program, peserta telah diuji tahap pemahaman dan kemahiran menulis berita melalui Latihan dalam Kumpulan yang dikendalikan oleh Fasilitator daripada Bahagian Pengurusan Masjid, JAWI.

1

Melalui penganjuran Bengkel ini, diharapkan dapat memberi manfaat dan input yang berguna kepada semua Pegawai Masjid di Wilayah Persekutuan dalam menyampaikan berita berkaitan program dan aktiviti yang telah dianjurkan oleh masjid bagi tujuan tatapan awam.

 

222222 333333
444444 555555
   
   

Disediakan Oleh:

Pejabat Pentadbiran Pusat Zon 6
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan.

 


Cetak   Emel