05:42
Imsak
05:52
Subuh
13:13
Zohor
16:32
Asar
19:20
Maghrib
20:32
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Program “Rawat Solat Kita”Anjuran Pusat Zon 4

 
5

18 April 2016 ( Isnin ) - Masjid Al-Akram, Kg Datuk Keramat, Kuala Lumpur dengan kerjasama Pusat Pentadbiran Zon 4 telah mengadakan Program Klinik Bacaan Dalam Solat di Dewan Solat Utama Masjid Al-Akram pada 16 April 2016.

Program ini telah dibimbing oleh YBhg. Ustaz Amru Alhaz Bin Adnan, Imam 1 Masjid Negara yang memfokuskan kepada teori dan amali berkaitan teknik bacaan di dalam solat. Antara aspek yang ditekankan adalah seperti bacaan-bacaan di dalam rukun qauli seperti takbirratul ihram, al fatihah, tasyahud dan salam.

Seramai 130 orang peserta telah menyertai program ini terdiri daripada para imam dan bilal masjid, surau jumaat dan surau biasa di bawah kariah Masjid Datuk Keramat. Hasil daripada penganjuran program ini, diharap agar para peserta dapat memperbaiki mutu bacaan di dalam solat agar bacaan-bacaan rukun qauli dibaca dengan sempurna.

Program ini telah dirasmikan oleh Tuan Haji Abdul Karim bin Mat Asil, Pengerusi Masjid Al-Akram serta majlis menyampaikan sijil kepada  semua peserta.

3 4
IMG 1998 IMG 1999
   


Disediakan Oleh:

Pusat Zon 2,
Bahagian Pengurusan Masjid,
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan. 

 


Cetak   Emel