05:42
Imsak
05:52
Subuh
13:13
Zohor
16:32
Asar
19:20
Maghrib
20:32
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Ihtifal Hafazan (Hafiz Muda) Anjuran Pusat Zon 4

 
IMG 1991

18 April 2016 (Isnin) – Masjid Al-Muttaqin, Wangsa Melawati, Kuala Lumpur dengan kerjasama Pusat Pentadbiran Zon 4, JAWI telah mengadakan PERTANDINGAN IHTIFAL HAFAZAN bertempat di Dewan Serbaguna Masjid al-Muttaqin.

Pertandingan yang julung-julung kali ini telah diadakan bagi melatih peserta menghafaz dan membaca surah-surah lazim dari segi fasohah dan tajwid yang betul. Selain itu, ianya dapat mewujudkan daya saing yang tinggi dikalangan peserta dan menjadi pembakar semangat mereka untuk menjadi seorang hafiz dan hafizah yang berjaya kelak. Acara ini telah dimulai dengan peringkat saringan pada jam 9.00 pagi sehingga 12.00 tengah hari dan disusuli peringkat akhir yang akan diadakan pada 20 April iaitu hari Rabu selepas solat Maghrib. Penglibatan peserta adalah seramai 38 orang yang terdiri daripada Peringkah Rendah dan Peringkat Menengah.

Majlis perasmian penutup dan penyampaian sijil telah disempurnakan oleh YM Datin Dr Hajah Raja Mazuin binti Raja Abdul selaku ketua biro Muslimah Masjid al-Muttaqin. 

IMG 1986 IMG 1987
IMG 1988 IMG 1989
   


Disediakan Oleh:

Pusat Zon 4,
Bahagian Pengurusan Masjid,
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan. 


Cetak   Emel