05:42
Imsak
05:52
Subuh
13:13
Zohor
16:32
Asar
19:20
Maghrib
20:32
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Ceramah Khas Bedah Buku : “Amalan Yang Disukai Rasulullah Saw” Anjuran Pusat Zon 4

 
IMG 1978

18 April 2016 (Isnin) – Masjid Al-Muttaqin, Wangsa Melawati, Kuala Lumpur dengan kerjasama Pusat Pentadbiran Zon 4, JAWI telah mengadakan program CERAMAH KHAS BEDAH BUKU : “AMALAN YANG DISUKAI RASULULLAH SAW” yang telah disampaikan oleh YBhg. Ustaz Dr. Mohd Sukki Bin Othman pada 15 April 2016.

Ceramah ini diadakan sebagai pembukaan kempen “I Love Sunnah” yang bermula pada 15 sehingga 22 April 2016. Pelbagai ceramah dan aktiviti yang menarik telah disediakan sepanjang minggu tersebut. Penyertaan bagi program ini mendapat sambutan yang hangat sehingga memenuhi ruang dewan yang berkapasiti 120 orang  yang bermula pada jam 8.30 pagi dan berakhir pada jam 11.30 pagi.

Haji Yahaya bin Haji Din, Pengerusi Masjid Al-Muttaqin telah sudi meluangkan masa bagi menyampaikan cenderahati seterusnya merasmikan majlis penutup dengan jayanya. Turut hadir Ir. Haji Mohammad Mokhtar bin Ali, Timbalan Pengerusi serta Ahli Jawatankuasa dan Pegawai-Pegawai Masjid yang lain. 

 

IMG 1979 IMG 1980
IMG 1982 IMG 1981
   


Disediakan Oleh:

Pusat Zon 4,
Bahagian Pengurusan Masjid,
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan. 

 


Cetak   Emel