05:42
Imsak
05:52
Subuh
13:13
Zohor
16:32
Asar
19:20
Maghrib
20:32
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Halaqah Tahsin Al Quran

 
IMG 1963

18 April 2016 (Isnin) – Masjid Muadz Bin Jabal Setiawangsa, Kuala Lumpur  dengan kerjasama  Pusat Pentadbiran Zon 4  telah menganjurkan Halaqah Tahsin Al-Quran (memperbaiki bacaan Al Quran) terbuka untuk semua peserta yang berminat  secara percuma dengan bimbingan sepenuhnya oleh Murabbi Para Imam dan Bilal Masjid pada 16 April 2016. Modul Tahsin Al Quran ini  dimulakan iaitu fokus utama pembacaan surah Al-Fatihah seterusnya 113  surah-surah lain dengan pemantapan hukum tajwid dan asas taranum Al Quran.

Bermula awal bulan April 2016 ,program ini di war-warkan secara umum, terbuka dan percuma kepada muslimin muslimat, kanak-kanak ,remaja dan dewasa bagi berkongsi ilmu memperbetulkan bacaan Al Quran masing-masing. Pengisian program bulanan ini dilaksanakan pada setiap sabtu minggu pertama,kedua dan ketiga selepas solat fardhu maghrib secara ‘halaqah talaqi’ (duduk berkumpulan) bersama Murabbi antara dua hingga sepuluh orang bagi satu kumpulan .

Ketua Murabbi Tahsin Al Quran ,iaitu Ustaz Tuan Haji Muadzeen Ackil selaku Qari di Kuala Lumpur ,Wilayah Persekutuan, berkata : “Hasrat dan Matlamat program tahsin ini adalah usaha untuk menyampaikan  dan berkongsi ilmu kepada masyarakat dan melahirkan individu yang betul bacaan Al Quran,iaitu bagi kaum muslimin boleh memimpin solat bagi ahli keluarganya”.

Jawatankuasa Pentadbiran masjid juga berkata : “Oleh kerana MMBJ sering dikunjungi melebihi dua ribu jemaah terdiri pelbagai bangsa,warga tempatan dan antarabangsa menunaikan ibadah, maka amatlah wajar khidmat .percuma bimbingan tahsin Al Quran ini ditawarkan seiring majlis- majlis ilmu pengajian berkitab bulanan kepada para jemaah”. Justeru,hasil pengisian program tahsin ini diharap menyuburkan nawaitu yang ikhlas bagi mengimarahkan institusi MMBJ  sebagai pusat akses dakwah komuniti penduduk dan semua lapisan masyarakat.

IMG 1957 IMG 1958
IMG 1964 IMG 1965
   


Disediakan Oleh:

Zon 4,
Bahagian Pengurusan Masjid,
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan. 

 


Cetak   Emel