05:40
Imsak
05:50
Subuh
13:12
Zohor
16:34
Asar
19:20
Maghrib
20:33
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

gambar-05

 

23 & 24 Mac 2016M / 14 & 15 Jamadil Akhir 1437H (Rabu dan Khamis)- Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga (BPPK), Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah mengadakan Latihan Modul Rundingcara, Sistem Pengurusan Perkahwinan Islam Malaysia (SPPIM) kepada semua fasilitator Pusat Khidmat Keluarga, Sosial dan Komuniti (PKKSK).

SPPIM Modul Rundingcara ini telah digunakan di Bahagian Perkahwinan & Pembangunan Keluarga (BPPK) pada 4 Disember 2014 yang lalu dan kini akan dikembangkan pula penggunaanya di PKKSK. Latihan ini diadakan selama dua hari berturut-turut. Seramai 44 orang fasilitator PKKSK turut terlibat dalam latihan ini.

Tujuan latihan ini diadakan adalah untuk memberi pengenalan dan pendedahan berkaitan SPPIM dan cara-cara menggunakannya. Taklimat SPPIM ini disampaikan oleh Ustazah Rosnanhni binti Ismail dari Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti (KSK), Unit Pembangunan SPPIM, JAKIM. Sistem ini akan digunakan oleh fasilitator yang bertugas di PKKSK dan Akuaja.

Semoga latihan yang telah diberikan ini dapat diaplikasikan oleh semua fasilitator yang bertugas di PKKSK UTC Pudu Sentral, PKKSK UTC Mini Keramat dan Akuaja Masjid Usamah bin Zaid, Wangsa Maju.


gambar-03 gambar-02
kiv-02 gambar-04


Disediakan Oleh:

Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga, JAWI KL

 


Cetak   Emel