05:44
Imsak
05:54
Subuh
13:13
Zohor
16:31
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Kursus Transformasi Pemikiran Islam (TRAPI)

 
TRAPI1

 

7 April 2016 (Khamis) – Bahagian Pengurusan Masjid, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dengan kerjasama Institut Kajian Strategik Islam Malaysia (IKSIM) telah menganjurkan Kursus Transformasi Pemikiran Islam (TRAPI) bertempat di dewan Masjid Saidina Othman ibni Affan, Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur.

Kursus selama setengah hari ini telah disertai oleh lebih kurang 80 orang peserta yang terdiri daripada Imam dan bilal masjid-masjid sekitar Kuala Lumpur dan juga kakitangan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.

Objektif kursus ini diadakan adalah untuk meningkatkan kesedaran para peserta mengenai kepentingan mendaulatkan Islam sebagai cara hidup, bukan sahaja dalam kehidupan peribadi tetapi juga dalam urusan pentadbiran dah hal ehwal negara. Selain itu, kursus ini juga menjadi platform untuk meningkatkan pengetahuan para peserta tentang fahaman-fahaman yang boleh mengancam keselamatan dan keharmonian hidup rakyat di negara ini.

Sesi ceramah pertama telah disampaikan oleh Ustaz Engku Fadzil bin Engku Ali, Felo Kanan IKSIM yang membicarakan tajuk Hifz Addin (Menjaga Agama) dan tajuk Manhaj Ahli Sunnah Wal Jamaah. Manakala sesi ceramah kedua pula telah disampaikan oleh Haji Abd Karim bin Omar dengan tajuk Ancaman dan Fahaman Yang Menyeleweng. Para peserta mendengar dengan penuh minat akan maklumat yang disampaikan oleh kedua-dua penceramah sehingga tamat sesi ceramah pada waktu tengahari.

TRAPI2 TRAPI3
TRAPI6 TRAPI4
   


Disediakan Oleh:

Bahagian Pengurusan Masjid
JAWI, Kuala Lumpur

 


Cetak   Emel