05:44
Imsak
05:54
Subuh
13:13
Zohor
16:31
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Laporan Program Sirah “Knowledge Of The Prophetic Biography” Masjid Jamek Bandaraya Kuala Lumpur Dengan Kerjasama Islamicare Reverts Support

 
KOTPB1


8 April 2016, Jumaat
– Masjid Jamek Bandaraya Kuala Lumpur (MJBKL) dengan kerjasama IslamiCare Reverts Support, sebuah Badan NGO Rakan Kerjasama Dakwah MJBKL telah mengadakan Program Pengajian Bicara Sirah Rasulullah SAW dalam Bahasa Inggeris berkonsepkan “Knowledge of the Prophetic Biography”.


Seramai hampir 30 orang saudara baru muslim dan masyarakat awam telah mengikuti program ini yang disampaikan oleh Dr. Jefri Irwan Harris, seorang aktivis dakwah yang banyak membuat kelas bimbingan agama (Pengajian Hadis, Sirah & Perbandingan Agama) di Wangsa Maju, Kuala Lumpur dan Ipoh, Perak.

Masjid Jamek Bandaraya Kuala Lumpur bersama IslamiCare Revert Support juga mengadakan beberapa kelas bimbingan agama terutamanya kepada Saudara Muslim (new reverts) seperti Islam 101, Mentor Iqra’ dan Understanding Al-Quran by Learning Arabic, disamping siri-siri seminar dan latihan seperti Ansari Training Program, New Muslim Starter Course dan Seminar Dakwah itu Mudah.

Program Bicara Sirah Rasulullah SAW “Knowledge of the prophetic Biography” ini yang telah bermula pada 8 April 2016 lalu, akan berterusan selama 30 siri pada setiap hari Jumaat, bertempat di Sultan Lounge, Dewan Mesyuarat MJBKL, bermula jam 9.00 malam hingga 10.30 malam. Penyertaan bagi program ini adalah PERCUMA. Sebarang pertanyaan berhubung program tersebut boleh menghubungi Pejabat MJBKL di talian: 03-26912829 atau menghubungi sekretariat kami Bro. Razham Hamdan di talian 019-263 2257 untuk maklumat lanjut.

 

KOTPB2 KOTPB3
KOTPB4 KOTPB1
 

 


Disediakan Oleh:
Masjid Jamek Bandaraya,
Jalan Tun Perak, Kuala Lumpur,
Bahagian Pengurusan Masjid,
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan.


Cetak   Emel