05:44
Imsak
05:54
Subuh
13:13
Zohor
16:31
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

 

1111

3 April 2016 (Ahad) – Masjid Al-Zakirin, Taman Wilayah Selayang, Kuala Lumpur telah menganjurkan dengan jayanya Program Jalinan Kasih Dan Penyampaian Bantuan dengan kerjasama beberapa persatuan penduduk di dalam kariah Masjid Al-Zakirin.

Antara objektif program ini ialah :-

i.

Menjalin kasih dan membantu golongan yang kurang berkemampuan di kalangan anak kariah Masjid Al-Zakirin bagi meringankan beban kehidupan.

ii.

Memanfaatkan sumbangan jamaah melalui Tabung  Khas Fakir Miskin & Anak Yatim kepada golongan yang memerlukan khusus kepada anak kariah Masjid Al-Zakirin.

iii.

Meningkatkan kesedaran kepentingan bersedekah serta meransang sifat prihatin  dan saling bantu membantu di antara kariah Masjid Al-Zakirin.

iv.

Menzahirkan keprihatinan Masjid sebagai pusat penyatuan masyarakat berlandaskan ukhwah Islamiah tanpa mengira ideologi politik atau perbezaan pendapat  dan tiada diskriminasi latar belakang sosio.

 

 

 

 

 

 

 

 

Bagi melicinkan perjalanan program ini, 3 Kumpulan dibentuk yang masing-masing diketuai oleh Tn. Hj. Ab. Wahab bin Abdullah, Pengerusi Masjid Al-Zakirin, Us. Mohd Ikmal Azwar Bin Kamaruddania, Timbalan Ketua Imam dan Dato’ Tajul Ariffin Bin Member, Timbalan Pengerusi Masjid Al-Zakirin. Kumpulan-kumpulan ini bergerak serentak bagi menyampaikan bantuan kepada  semua penerima.

Penerima-penerima bantuan yang terlibat adalah penduduk Fasa 1 dan Fasa 4 (Blok 1- 8), penduduk Fasa 2, Taman Desa Bakti, penduduk Blok 21, Blok 22, Blok 23 dan penduduk Blok Seri Murni. Seramai 50 ketua keluarga telah menerima bantuan wang tunai dan barangan keperluan dapur.

 

 

 

1112 1113
1114
   


Disediakan Oleh:

Pusat Zon 1,
Bahagian Pengurusan Masjid,
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan

 


Cetak   Emel