05:44
Imsak
05:54
Subuh
13:13
Zohor
16:31
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

PEGAWAI MASJID DAN JAWATANKUASA SELANGKAH KE HADAPAN (Bengkel Penulisan Dan Penyediaan Laporan)

2222

05 APRIL 2016 (Isnin) – Pejabat Pentadbiran Pusat Zon 3 dengan kerjasama Bahagian Pengurusan Masjid, JAWI Kuala Lumpur telah mengorak langkah ke hadapan dengan mengadakan Bengkel Penulisan Dan Penyediaan Laporan bertempat di Quality Hotel, Kuala Lumpur. Bengkel ini telah disertai seramai 50 orang terdiri daripada Pegawai Masjid Pusat Zon 3, Zon 4 dan Zon 7 serta Jawatankuasa Surau Jumaat di bawah Pejabat Pentadbiran Zon Putrajaya.

Bengkel ini dimulakan dengan perkongsian ilmu oleh YBhg. Tuan Hj. Jaafar bin Ismail, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Pengurusan Masjid, JAWI  menerusi  slot Penyediaan Laporan Kualiti.

Seterusnya, Bengkel ini turut diisi dengan slot Kaedah Fotografi Berkualiti oleh Ustaz Mohd Hilmee bin Umar dan diakhiri dengan sesi Latihan Dalam Kumpulan (LDK) yang dimudahcara oleh Ustaz Shukri bin Muhamad dan Ustaz Mohamad Pairuz Suhairi bin Abdullah.

Bengkel yang diadakan ini diharapkan dapat memantapkan lagi pengetahuan dan kemahiran kepada para peserta mengenai asas dan teknik penulisan berita serta teknik fotografi yang berkualiti di dalam konteks aktiviti/ program yang dianjurkan oleh pihak masjid dan surau di Wilayah Persekutuan bagi memudahkan proses muat naik berita di laman web JAWI.

 

1111 3333
4444 5555

 

Foto dan teks oleh:

Bahagian Pengurusan Masjid

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan


Cetak   Emel