05:40
Imsak
05:50
Subuh
13:12
Zohor
16:34
Asar
19:20
Maghrib
20:33
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

JAWI Memperkukuh Jatidiri dan Aqidah Remaja OKU Buta

motivasidrzain4

 

01 April 2016M | 23 Jamadilakhir 1437H (Jumaat) – Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) melalui Bahagian Pengurusan Dakwah dengan kerjasama Persatuan Bagi Orang Buta Malaysia (MAB) telah mengadakan Program Kefahaman Islam kepada Belia/Remaja OKU cacat penglihatan bertempat di Kompleks MAB Brickfields, Kuala Lumpur.

Program yang berdurasi selama 4 jam ini telah melibatkan para pelatih yang sedang berkursus di MAB seramai 50 orang. Ceramah pertama yang bertajuk “ Membina Jatidiri Remaja Muslim OKU cacat penglihatan dalam mendepani Era Globalisasi’ telah disampaikan oleh YBhg. Dr. Mohd Zain bin Dollah, Penolong Pengarah Kanan, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI). Ceramah motivasi yang bermula jam 9.00 pagi dan berakhir jam 11.00 pagi ini telah membimbing para peserta untuk berfikir secara positif terhadap sebarang permasalah yang dihadapi dalam kehidupan di era globalisasi. Ia bertujuan untuk meningkatkan keyakinan diri para peserta dalam membuat sesuatu keputusan dan mengurus emosi dengan baik agar sentiasa positif dalam menghadapi cabaran hari ini.

Program kedua diteruskan lagi pada sebelah petang dengan ceramah berkenaan dengan aqidah yang betul. Majlis yang bermula jam 3.00 petang dan berakhir jam 5.00 petang ini telah mendedahkan para peserta berkenaan dengan kepentingan berpegang kepada aqidah yang betul berlandaskan Ahli Sunnah Wal Jamaah. Slot ini telah disampaikan oleh YBhg. Us. Zaim Juwaidi bin Jamaluddin. Pendedahan ini penting agar dapat memandu kehidupan para peserta dengan fahaman aqidah yang jitu agar tidak mudah terpeson dengan dakyah-dakyah Kristian dan fahaman salah yang semakin menular dalam masyarakat hari ini.

Secara keseluruhannya, program ini mendapat sambutan yang cukup baik dan respon yang sangat positif daripada peserta. Semoga pengisian ilmu yang diperolehi dapat dimanfaatkan sebaiknya oleh para peserta dan terus diamalkan dalam kehidupan seharian.

 

 

 

 motivasidrzain motivasidrzain2 

 

Disediakan oleh :

BAHAGIAN PENGURUSAN DAKWAH


Cetak   Emel