05:40
Imsak
05:50
Subuh
13:12
Zohor
16:34
Asar
19:20
Maghrib
20:33
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Program Kolokium Penandaarasan Kurikulum Miri, Sarawak

 

 

 

13 - 16 Mac 2016 (Ahad - Rabu) -  Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Cawangan Miri, Sarawak dan Yayasan Dakwah Islam Malaysia, Cawangan Sarawak telah menganjurkan Program Kolokium Penandaarasan Kurikulum di Miri, Sarawak yang diketuai oleh YBrs. Dr. Mohd Zamir bin Bahall, Ketua Penolong Pengarah (Pengurusan Akademik), Bahagian Pelajaran. Program tersebut turut disertai olehpegawai dan Jawatankuasa Kurikulum Zon (JKZ) yang terdiri daripada Guru Penolong Kanan 1, Sekolah Rendah Agama, JAWI. Program yang melibatkan 11 orang delegasi JAWI telah diselaraskan oleh Unit Perancangan Akademik dan Kurikulum.

 

Program yang pertama kali dilaksanakan secara kerjasama tersebut bertujuan untuk:

  1. Membuka minda para delegasi dengan pemikiran di luar kotak bagi isu-isu semasa pendidikan berkaitan kurikulum dari aspek penggubalan, penandaarasan, implimentasi dan pengukuran.
  2. Meningkatkan profesionalisme perguruan dan kualiti perkhidmatan sebagai persediaan melahirkan tenaga pakar dalam sektor pendidikan alaf baru.
  3. Berkongsi pengalaman, percambahan fikiran dan penataran aplikasi dalam hal-hal berkaitan pembangunan kurikulum merentas sempadan.
  4. Menjalin ruang dan peluang kerjasama untuk jangka pendek dan panjang dalam aspek pembangunan kurikulum dengan agensi luar yang berautoriti.
  5. Pendedahan kepada cabaran dunia pendidikan khususnya pendidikan Islam dalam skop yang lebih luas, praktikal dan kompetitif.

Sepanjang berada di Miri, Sarawak delegasi dibawa menziarahi penduduk Rumah Panjang Jonathan dan melawat The Grand Old Lady dan Muzium Petroleum Sarawak. Manakala lawatan khas ke Brunei Darul Salam meliputi lokasi seperti berikut:

  1. Balai Pameran Islam Sultan Haji Hasanal Bolkiah
  2. Universiti Islam Sultan Sharif Ali
  3. Muzium Peralatan DiRaja
  4. Galeri Kebudayaan dan Pelancongan Kampung Ayer
  5. Rumah Ketua Kampung Ayer

 

   
   

 

Disediakan oleh :

Bahagian Pelajaran,

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan


Cetak   Emel