05:40
Imsak
05:50
Subuh
13:12
Zohor
16:34
Asar
19:20
Maghrib
20:33
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Bengkel Tanaman Hiasan

tanam 1

02 April 2014 ( Sabtu ) – Masjid Amaniah Kepong, Kuala Lumpur dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur ( DBKL ) Cawangan Kepong telah mengadakan program Bengkel Tanaman Hiasan bertempat di dataran Masjid Amaniah Kepong, Kuala Lumpur. Program ini telah berlangsung dengan jayanya dengan kehadiran 60 peserta yang terdiri daripada guru-guru, orang awam dan persendirian. Kursus ini dijalankan secara percuma kepada peserta.

Tujuan utama program ini dilaksanakan ialah untuk mendekatkan masyarakat dengan masjid. Maka dengan itu, pihak masjid bersetuju untuk mempelbagaikan bentuk-bentuk program yang mana sesuai dengan masa dan kehendak masyarakat setempat.

Kursus ini dijalankan secara teori dan amali yang dikendalikan oleh Encik Sumbat, Pegawai daripada DBKL.Penyertaan amat menggalakkan dan menerima maklum balas yang positif daripada semua peserta. Oleh yang demikian, bengkel ini akan disambung lagi pada siri yang akan datang.

 

 tanam 3 tanam 5
tanam 6 tanam 4
   
   
   

Disediakan oleh :

Masjid Amaniah Kepong, Kuala Lumpur

Pusat Zon 1


 

 


Cetak   Emel