05:40
Imsak
05:50
Subuh
13:12
Zohor
16:34
Asar
19:20
Maghrib
20:33
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Kem Remaja Muslimah

4

1-2 April 2016 (Jumaat & Sabtu) – Masjid Amaniah Kepong dan Pergerakan Puteri Islam Malaysia Perhubungan Negeri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah menganjurkan dengan jayanya Kem Remaja Muslimah selama dua hari satu malam bertempat di Masjid Amaniah, Kepong, Kuala Lumpur. Kem Remaja Muslimah yang telah disertai oleh 76 orang pelajar berumur antara 13 hingga 15 tahun dari Zon Sentul, Zon Bangsar, Zon Keramat dan Zon Pudu ini diadakan dengan objektif-objektif seperti berikut;

  1. - Memberi pendedahan kepada para peserta mengenai tanggungjawab sebagai seorang remaja Muslimah.
  2. - Memberi kesedaran tentang hala tuju dan matlamat hidup setiap peserta menurut perspektif Islam.
  3. - Memimpin para peserta menjalani ibadah dengan tekun seperti solat fadhu secara berjemaah, berqiyamullail dan mendengar    kuliah-kuliah agama.
  4. - Mendekatkan diri peserta dengan institusi Masjid.

Perasmian Kem Remaja Muslimah ini telah disempurnakan oleh Y.Berusaha Tuan Haji Yaakob bin Abdul Rahim, Timbalan Pengarah Operasi, JAWI. Turut hadir ialah Ustaz Osman bin Abu Bakar, Pegawai Penyelaras, Pusat Zon 1, YBhg. Puan Nor Aishah Binti Asadur Rahman, Pengerusi Pergerakan Puteri Islam Wilayah Sentul dan Encik Zahedi bin Md Noordin, Pengerusi Masjid Amaniah Kepong. Penganjuran Kem ini turut mendapat kerjasama Masjid Amaniah Consultancy, Badan Penggerak Muslimah Masjid Amaniah, Yayasan Dana Kebajikan Muslim Malaysia dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur Cawangan Kepong.

 

5 6
10 2
   
   
   

Disediakan oleh :

Masjid Amaniah Kepong, Kuala Lumpur

Pusat Zon 1


 

 


Cetak   Emel