05:40
Imsak
05:50
Subuh
13:12
Zohor
16:34
Asar
19:20
Maghrib
20:33
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Pelajar Institut Kemahiran Baitulmal ( IKB ) Menyumbang Bakti Di Tanah Perkuburan Islam Taman Ibu Kota,Setapak

KUBUR 1

02 April 2016 (Sabtu) – Bersesuaian konsep kubur di dalam taman,maka keindahan dan kebersihan Tanah Perkuburan Islam di Wilayah Persekutuan menjadi  keutamaan.

Seramai 50 peserta dari IKB  telah turut serta menyumbang bakti dan tenaga di dalam program khidmat masyarakat membersih dan mengindahkan Tanah Perkuburan Islam Taman Ibu Kota ( TPI TIK ).

Program yang dimulai seawal  jam 9.00 pagi telah dimulakan dengan bacaan doa oleh Ketua Imam Masjid Ibnu Abbas,Taman Ibu Kota,Ustaz Shukri bin Shafie. Setelah itu,peserta telah diberi taklimat pembersihan oleh petugas TPI TIK, Encik Khairi bin Jamil.

Program ini diadakan bertujuan untuk memupuk semangat melakukan kerja-kerja amal di kalangan para pelajar IKB. Di samping itu juga,ianya dapat mengeratkan hubungan silaturrahim dengan masyarakat setempat dan menjadikan kawasan Perkuburan Taman Ibu Kota di dalam keadaan bersih dan ceria.

KUBUR 4 KUBUR 5
KUBUR 8 KUBUR 7
   
   
   

Disediakan oleh :

Pejabat Pentadbiran Masjid dan Surau

Pusat Zon 2,JAWI


 

 


Cetak   Emel