05:40
Imsak
05:50
Subuh
13:12
Zohor
16:34
Asar
19:20
Maghrib
20:33
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Program Suburkan Iman

subur 6

30 Mac 2016 (Rabu) - Masjid Amaniah Kepong, Kuala Lumpur  melalui Badan Islami Dhuha (BADAI) telah mengadakan dengan jayanya Program SUBURKAN IMAN di Masjid Jamiul Hasanat, Batu 10, Tanjung Karang, Selangor. Program ini telah disertai oleh 41 orang jemaah BADAI Masjid Amaniah Kepong, Kuala Lumpur.

Program ini dimulakan dengan ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Ahmad Rosidi bin Mohmad, Ketua Imam Masjid Amaniah Kepong diikuti dengan penyerahan sumbangan dan penyampaian cenderahati dan diakhiri dengan lawatan ke tapak Maahad Tahfiz Jamiul Hasanat yang terbakar pada tahun 2014.   

Antara tujuan utama program ini ialah :-

1- Mengadakan program DAKWAH dalam suasana persekitaran dan suasana yang membeza.

2- Memberi sumbangan dan derma kepada Maahad Tahfiz Jamiul Hasanat yang terbakar.

3- Memperkenalkan program-program Masjid Amaniah Kepong, Kuala Lumpur kepada penduduk luar kariah.

4- Menjalin dan mengeratkan ukhuwwah Islamiah antara satu sama lain. 

BADAI telah berjaya mengutip RM4,000 dalam masa 4 hari untuk disumbangkan kepada Maahad Tahfiz tersebut. Program ini mendapat kerjasama yang baik daripada pihak Masjid Jamiul Hasanat, Batu 10, Tanjung Karang, Selangor. Semua peserta-peserta yang menyertai program amat berpuas hati dan berasa seronok sepanjang program dijalankan.

 

subur 3 subur 5
subur 7 subur 8
   
   
   

Disediakan oleh :

Masjid Amaniah Kepong, Kuala Lumpur

Pusat Zon 1


 

 


Cetak   Emel