05:40
Imsak
05:50
Subuh
13:12
Zohor
16:34
Asar
19:20
Maghrib
20:33
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

TAKLIMAT KEBENARAN MENDIRIKAN SOLAT JUMAAT

saaa

31 Mac 2016 (Khamis). Bahagian Pengurusan Masjid, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah mengadakan Majlis Taklimat Kebenaran Mendirikan Solat Jumaat kepada Surau Asy-Syakirin, PPR Muhibbah, Off Jalan Puchong, Kuala Lumpur bertempat di bilik Mesyuarat Wawasan, Aras 2, Menara Pusat Islam, JAWI. Taklimat telah disampaikan oleh YBhg. Tuan Haji Abdul Nasir bin Ahmad, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Pengurusan Masjid. Turut hadir pada sesi taklimat tersebut, YBhg. Tuan Haji Jaafar bin Ismail, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Pengurusan Masjid, Ustaz Muhammad Khalil bin Ibrahim, Penolong Pengarah, Pejabat Pentadbiran Pusat Zon 5 dan Pegawai-pegawai dari Bahagian Pengurusan Masjid, Ibu Pejabat, JAWI.

1

Seramai 11 orang terdiri daripada Ahli Jawatankuasa Surau Asy-Syakirin telah hadir untuk mendengar penjelasan dan penerangan berkaitan tindakan yang perlu diambil bagi persediaan memulakan operasi sebagai sebuah Surau Jumaat melibatkan aspek pengurusan dan kewangan serta lain-lain yang berkaitan. Terdapat pelbagai isu juga diperbincangkan sepanjang taklimat tersebut terutamanya berkaitan usaha bagi meningkatkan mutu pengurusan dan pentadbiran surau. Di akhir majlis taklimat tersebut, Ketua Penolong Pengarah telah menyerahkan surat kebenaran mendirikan solat Jumaat kepada Timbalan Pengerusi Surau Jumaat yang berkenaan.

 

duuu tiii
emmm liii

 

Foto dan teks oleh:

Bahagian Pengurusan Masjid,

JAWI


Cetak   Emel