05:40
Imsak
05:50
Subuh
13:12
Zohor
16:34
Asar
19:20
Maghrib
20:33
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Lawatan Kerja JAIM Ke SRA Al-Najah

 
 28 Mac 2016 (Isnin) - Unit Naziran Bahagian Pendidikan Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) mengadakan lawatan ke SRA Al-Najah Putrajaya. Delegasi diketuai oleh YBhg. Us. Mohd. Said bin Md. Amin Penolong Pengarah Unit Naziran, Bahagian Pendidikan JAIM bersama 15 orang ahli Jemaah Nazir. Lawatan ini bertujuan mendapatkan informasi berkaitan perlaksanaan pemantauan dan penyeliaan di SRA, JAWI. 

 Ketua Penolong Pengarah, YBhg. Ust. Khatijah binti Abdul Rahman, menyampaikan ucapan alu-aluan dan taklimat penaziran disampaikan oleh YBhg. Ust. Nurkhausar Norim binti Ahmad selaku Penolong Pengarah Unit Penaziran JAWI. 

 Ahli Jemaah Nazir diberi peluang melihat cara dan kaedah pencerapan pengajaran dan pembelajaran (PdP) dilaksanakan di sekolah dan sesi khidmat nasihat oleh pegawai nazir selepas selesai sesi PdP dilaksanakan.  
 Pertemuan ini sangat bermakna kerana melalui lawatan ini pihak JAIM dan JAWI turut mendapatkan informasi berkaitan penaziran dan saling bertukar pandangan dalam usaha meningkatkan kualiti khasnya aspek penaziran serta memantapkan pengurusan yang berkesan dalam bidang pendidikan.
   
   

Cetak   Emel