05:40
Imsak
05:50
Subuh
13:12
Zohor
16:34
Asar
19:20
Maghrib
20:33
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

 

IMG 1306

29 Mac  2016 (Selasa) – Pusat Pentadbiran Zon 4 Bahagian Pengurusan Masjid Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan dengan kerjasama ITQAN Institute For Quranic Education  telah berjaya mengadakan Majlis Penutup Bengkel Pemantapan Profesionalisme Imam dan Bilal  di bawah Pentadbiran Zon 4 dan juga Zon 2 selama 10 siri yang bertempat di Masjid Usamah Bin Zaid, Wangsa Maju Kuala Lumpur .

Bengkel ini telah bermula pada 19 Januari 2016 dan berakhir pada 24 Mac 2016. Majlis penutup telah dihadiri oleh semua peserta yang terlibat bagi maraikan  peserta dan juga dianugerahi sijil  oleh pihak ITQAN kepada peserta.Bengkel ini telah berjaya menarik minat ramai peserta bagi memperbaiki bacaan masing-masing yang dipandu oleh 10 orang Muqri’ terkenal dari Timur Tengah.Sebanyak 22 surah pilihan yang perlu dipelajari oleh peserta bengkel ini, antara surah pilihan iaitu surah al-Zalzalah, surah al-Qard dan juga surah Al-Insan ayat 1-31.

Majlis Penutup Bengkel Pemantapan Profesional ini bermula jam 9.00 malam dan berakhir jam 11.00 malam yang telah dirasmikan oleh Ybhg. Tuan Haji Jaafar Bin Ismail, Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Pengurusan Masjid. Majlis berakhir pada jam 11.00 malam.

 

IMG 1310 IMG 1311
IMG 1312 IMG 1332
   


Disediakan Oleh:

Pusat Zon 4,
Bahagian Pengurusan Masjid,
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan

 


Cetak   Emel