05:40
Imsak
05:50
Subuh
13:12
Zohor
16:34
Asar
19:20
Maghrib
20:33
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

 

DSC 1920 1
 
 
29 Mac 2016 (Selasa) – Pusat Zon 4 Bahagian Pengurusan Masjid telah menganjurkan Sambutan Hari Bertemu yang telah diadakan di Masjid Al-Akram Kg. Datuk Keramat dengan kerjasama Penduduk Masyarakat Acheh Kg. Datuk Keramat Tujuan utama penganjuran sambutan ini adalah bagi merapatkan hubungan yang erat dan menghubungkan silaturrahim antara Masjid Akram, Pusat Zon 4 dengan anak-anak kariah.

Slot utama sambutan dengan mengadakan ceramah perdana oleh Penceramah yang sangat dikenali iaitu Y.Bhg Ustaz Syed Norhisyam Tuan Padang  telah menyampaikan ceramah yang bertempat di Dewan Solat Utama Masjid Al-Akram.

Disamping itu, beberapa aktiviti lain turut berlangsung seperti majlis gotong-royong memasak bagi penyediaan hidangan sepanjang majlis. Majlis Tahlil arwah dan doa selamat dijalankan selepas selesai solat zohor berjemaah, manakala tazkirah asar telah dijalankan di perkarangan tempat letak kereta Masjid Al-Akram 

Program ini telah berlangsung dari seawal jam 7.00 pagi sehingga jam 10.00 malam.Anggaran jemaah dan penduduk setempat yang hadir adalah sekitar 1000 orang.

 

DSC 1896 2 DSC 1899 1
DSC 1925 3 DSC 1929
   


Disediakan Oleh:
Pusat Zon 4,
Bahagian pengurusan Masjid
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan

 


Cetak   Emel