05:44
Imsak
05:54
Subuh
13:13
Zohor
16:31
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

 

E-PUSARA 5

06 April 2016 (Rabu) – Bagi memastikan masyarakat mudah mencari kubur saudara mara di Wilayah Persekutuan, Bahagian Pengurusan Masjid dengan kerjasama Pejabat Pentadbiran Masjid dan Surau, Pusat Zon 2 telah mengadakan Bengkel Pengemaskinian Data E-pusara Tanah Perkuburan Islam Taman Ibu Kota, Setapak, Kuala Lumpur.

Bengkel yang dihadiri seramai 20 peserta terdiri daripada Ketua Imam Masjid Zaid Haritsah, Ibn Abbas dan petugas kubur TPI Taman Ibu Kota telah mendapat tunjuk ajar dari pegawai ICT JAWI yang diketuai oleh Puan Normaizura binti Rosani.

Sesi bengkel dimulai dari mendapat input perkuburan hinggalah lakaran peta besar perkuburan untuk dimasukkan di dalam sistem E-pusara. Selain itu juga, ianya bertujuan mengemaskini data-data Tanah Perkuburan Islam Taman Ibu Kota untuk kemudahan masyarakat. Bengkel ini turut dihadiri oleh Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Pengurusan Masjid, Tuan Haji Jaafar Ismail, PPK Zon 2 Ustaz Mohamad Fazli Zain dan Ustaz Mohamad Zaki Hassan.

 

 

E-PUSARA 6 E-PUSARA 10
E-PUSARA E-PUASARA 3
   

 


Disediakan Oleh:
Pusat Zon 2,
Bahagian Penggurusan Masjid,
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan

 


Cetak   Emel