05:40
Imsak
05:50
Subuh
13:12
Zohor
16:35
Asar
19:20
Maghrib
20:34
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Pegawai Masjid Zon 2 Timba Ilmu Penyediaan Laporan Aktiviti Masjid

 
BPL1

 

30 Mac 2016 (Rabu) – Pusat Pentadbiran Zon 2, Bahagian Pengurusan Masjid, JAWI dengan kerjasama Masjid Jamek Saad bin Abi Waqqas, Batu 4, Jalan Gombak, Kuala Lumpur telah menganjurkan Bengkel Penyediaan Laporan Aktiviti Masjid Untuk Dimuatkan Dalam Laman Web JAWI bertempat di Dewan al-Qadiri, Masjid Jamek Saad bin Abi Waqqas.

Bengkel ini dianjurkan bertujuan memberikan pendedahan kepada para pegawai masjid di bawah Pusat Zon 2 berhubung penyediaan laporan aktiviti-aktiviti masjid khususnya yang akan dimuatkan dalam laman web JAWI. Ini bagi menyahut seruan Pengarah JAWI supaya menyebar dan mengetengahkan program-program dan aktiviti masjid kepada masyarakat umum selain anak kariah.

Bengkel yang telah dihadiri seramai 22 peserta ini bermula pada jam 9.00 pagi dan berakhir pada jam 1.00 petang. Antara pembentang dalam bengkel ini ialah Tuan Haji Jaafar bin Ismail, Us. Mohd Hilmee bin Umar dan Us. Shukri bin Muhamad daripada Bahagian Pengurusan Masjid, JAWI.

Pelbagai teknik telah dibincang dan dikongsikan menerusi bengkel ini antaranya ialah bentuk serta kaedah penulisan laporan berkualiti dan teknik fotografi. Selain itu, para peserta juga turut menerima latihan secara praktikal.

 

 

BPL2 BPL3
BPL4 BPL7
BPL6

BPL5


Disediakan Oleh:
Pusat Pentadbiran Masjid Zon 2,
Bahagian Pengurusan Masjid,
JAWI, Kuala Lumpur.

 


Cetak   Emel