05:40
Imsak
05:50
Subuh
13:12
Zohor
16:35
Asar
19:20
Maghrib
20:34
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Bangunan Baharu SRA Pantai Ria, Pantai Dalam, Kuala Lumpur

 

 
 24 Mac 2016 (Khamis) – JAWI telah menerima sebuah SRA baharu  bagi tujuan pembangunan pendidikan Islam di Kuala Lumpur. Majlis Penyerahan kunci SRA Pantai Ria telah diadakan dari pihak Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR) kepada Jabatan Perdana Menteri (JPM). Majlis tersebut disempurnakan dengan penyerahan kunci bangunan SRA oleh Ybhg. Dato’ Ir. Dr. Hasnul bin Mohamad Saleh, Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Bangunan) kepada Datuk Yatimah binti Sarjiman, Timbalan Ketua Setiausaha Kewangan dan Pembangunan mewakili Timbalan Setiausaha Kanan, JPM.

Majlis tersebut turut dihadiri oleh Encik Masri bin Razali, Pengarah Kanan (Pengurusan) yang mewakili Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), dan Ybrs. Tuan Haji Paimuzi bin Yahya, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI). Projek pembangunan SRA Sri Pantai adalah peruntukan kerajaan persekutuan dibawah RMK-10. Kos keseluruhan pembinaan SRA berkenaan adalah sebanyak RM5 juta dengan menggunakan Industrial Building System (IBS) keseluruhannya.  

   
   

Cetak   Emel