05:43
Imsak
05:53
Subuh
13:13
Zohor
16:32
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

KELAS BACAAN DAN PEMAHAMAN AKTA UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1984 (AKTA 303) SIRI 1/2016

 

kelas-bacaan-AKTA-3 

17 Februari 2016 (Rabu) – Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga (BPPK)  telah mengadakan Kelas Bacaan dan Pemahaman Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 (Akta 303) Siri 1/2016 bertempat di Dewan Jejantas, Kompleks Pusat Islam, JAWI. Kelas bacaan dan pemahaman akta ini disertai oleh 22 orang pegawai dan kakitangan BPPK.

Penceramah bagi Kelas Bacaan dan Pemahaman Akta ialah Tuan Zainor Rashid bin Hassin, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendakwaan, JAWI. Penceramah telah menjelaskan Seksyen 24 Akta Undang-Undang Keluarga Islam Wilayah-Wilayah Persekutuan dan menjawab kemusykilan yang timbul dalam kalangan pegawai dan kakitangan BPPK berkaitan isu-isu perkahwinan, perceraian, dan ruju’ yang berlaku semasa menjalankan tugas.

Antara isu yang dibincangkan adalah berkaitan akad nikah perkahwinan di Kedutaan Malaysia di luar negeri dan kes poligami bagi warga asing yang ingin bernikah dengan rakyat Malaysia di Wilayah Persekutuan.

Kelas ini memberi banyak manfaat kepada pegawai dan kakitangan BPPK kerana banyak  kemusykilan yang berlaku sewaktu menjalankan tugas dapat diselesaikan.

kelas-bacaan-AKTA-1  kelas-bacaan-AKTA-4
 kelas-bacaan-AKTA-2  kelas-bacaan-AKTA-5
   

Disediakan oleh :

Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga


Cetak   Emel