05:44
Imsak
05:54
Subuh
13:13
Zohor
16:31
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

BPRAWAM01

 
 

 

23-24 Mac 2016M / 14-15 Jamadilakhir 1437H (Rabu-Khamis)– Unit Pentadbiran, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) Cawangan Putrajaya telah mendapat kerjasama Arkib Negara Malaysia bagi mengadakan Bengkel Pelupusan Rekod Awam di Bilik Mesyuarat, JAWI Cawangan Putrajaya. Seramai 25 orang peserta termasuk dua (2) orang pegawai daripada Bahagian Pelajaran JAWI telah menghadiri bengkel ini.

Objektif bengkel ini adalah untuk memantapkan pemahaman dan kemahiran para pegawai tentang tatacara pelupusan fail dan rekod rasmi kerajaan, memberi pendedahan tatacara pengisian borang pelupusan rekod yang betul, memastikan setiap unit di JAWI Cawangan Putrajaya melaksanakan pelupusan rekod dengan betul dan sistematik mengikut Jadual Pelupusan Rekod dan memantapkan keupayaan para pegawai dalam mengklasifikasikan kumpulan rekod yang boleh dilupuskan. Bengkel ini telah menyelesaikan masalah timbunan rekod tidak aktif di Jabatan.

Bengkel Pelupusan Rekod Awam ini telah dibimbing oleh Encik Jaafar Sidek bin Abdul Rahman, Ketua Seksyen Konsultansi dan Latihan Arkib Negara Malaysia dan dirasmikan oleh Tuan Haji Hazarudin bin Haji Baharudin, Ketua Penolong Pengarah Kanan JAWI Cawangan Putrajaya.

 

BPREKODAWAN01 BPREKODAWAN02
BPREKODAWAN03 BPREKODAWAN04
 BPREKODAWAN05  BPRAWAM02

Disediakan Oleh: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Cawangan Putrajaya.

Foto oleh: Zul Helmi Bin Abdul Rashid. Teks oleh: Unit Pentadbiran


Cetak   Emel