05:44
Imsak
05:54
Subuh
13:13
Zohor
16:31
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Kursus Tahsin Dan Tarannum Al-Quran Imam-Imam Masjid Dan Surau Jumaat Di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 2016 Siri 1

 

Tahsin2016i1

9-10 Mac 2016 (Rabu & Khamis), 15-16 Mac 2016 (Selasa & Rabu),  22-23 Mac 2016 (Selasa & Rabu)  – Bahagian Pengurusan Masjid, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah menganjurkan Kursus Tahsin Dan Tarannum Al-Quran Bagi Imam-Imam Masjid Dan Surau Jumaat Di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 2016 untuk siri yang pertama. Kursus yang diadakan di enam buah masjid terpilih di Kuala Lumpur ini telah disertai oleh lebih kurang 45 orang peserta untuk setiap masjid.

Kursus ini bermula di Masjid Al-Imam Al-Ghazali, Bandar Menjalara Kepong pada 9 Mac 2016, kemudian di Masjid Salahuddin Al-Ayubi, Taman Melati Setapak pada 10 Mac, Masjid Al-Imam As-Syafie, Taman Maluri Cheras pada 15 Mac, Masjid Usamah bin Zaid, Wangsa Maju pada 16 Mac, Masjid Al-Muqarrabin, Bandar Tasek Selatan pada 22 Mac, dan berakhir di Masjid Saidina Umar Al-Khattab, Bukit Damansara pada 23 Mac 2016.

Objektif kursus ini diadakan adalah untuk meningkatkan lagi kualiti bacaan para imam terutamanya dari aspek lagu tarannum agar bacaan mereka akan dapat menarik lebih ramai lagi orang untuk datang ke masjid. Sehubungan itu, para peserta telah diberikan pendedahan awal mengenai lagu-lagu tarannum melalui sesi ceramah yang disampaikan oleh YBhg Dr. Muhammad Lukman bin Ibrahim dan juga YBhg Us. Hassan Al-Fadhli bin Abd Rahman. Selesai sesi ceramah tersebut, para peserta telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk menjalani sesi bacaan Al-Quran bersama beberapa orang fasilitator untuk membantu dalam memantapkan lagi bacaan mereka.

Para peserta telah menunjukkan komitmen yang tinggi sepanjang kursus ini dijalankan dan menyatakan minat untuk terus mengikutinya pada siri-siri yang akan datang. Kursus ini akan diteruskan untuk 4 siri lagi yang akan diadakan pada tarikh-tarikh yang telah ditetapkan. 

 

Tahsin2016i2 Tahsin2016i3
Tahsin2016i4 Tahsin2016i5
Tahsin2016i6

Tahsin2016i7


Disediakan Oleh:
Bahagian Pengurusan Masjid,
JAWI, Kuala Lumpur


Cetak   Emel