05:44
Imsak
05:54
Subuh
13:13
Zohor
16:31
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Lawatan ke Pusat Kaunseling Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (PK MAINS)

 

gambar-berita-ke-website 

17 Mac 2016M / 8 Jamadil Akhir 1437H (Khamis)- Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga (BPPK), Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah mengadakan lawatan ke Pusat Kaunseling Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (PK MAINS), Daerah Seremban.

Tujuan lawatan ini diadakan adalah untuk bertukar-tukar pandangan dalam urusan khususnya kaunseling dan rundingcara. Delegasi daripada BPPK, JAWI diketuai oleh Dr. Abdul Ghaffar bin Surip, Ketua Penolong Pengarah Kanan (KPPK, BPPK). Seramai 9 orang kakitangan terlibat dalam lawatan ini.

Delegasi daripada BPPK, JAWI tiba di Pusat Latihan PK MAINS pada jam 9.30 pagi dan telah disambut oleh Ketua Kaunselor PK MAINS iaitu Tuan Norazman bin Amat sebelum sesi taklimat bermula. Pertemuan dimulakan dengan ucapan alu-aluan daripada Ketua Kaunselor MAINS yang amat berbesar hati menerima kunjungan daripada BPPK, JAWI seterusnya memberikan taklimat berkaitan Pusat Kaunseling yang telah diwujudkan, perlaksanaan kaunseling yang dibuat dan aktiviti yang mereka telah rancang sepanjang tahun kepada semua delegasi BPPK, JAWI yang hadir.

BPPK, JAWI juga berbincang dan bertukar-tukar pandangan berkaitan sesi rundingcara yang dijalankan di JAWI. Delegasi dari BPPK, JAWI di bawa melawat ke Pusat Kaunseling yang terletak di Tingkat 1, Terminal One Shopping Centre untuk melihat pejabat pengurusan dan bilik-bilik kaunseling. Terdapat banyak aspek pengurusan di PK MAINS yang boleh dicontohi untuk menambahbaik sistem yang sedia ada di BPPK, JAWI.

Semoga pertemuan antara BPPK,JAWI dan PK MAINS memberi banyak manfaat kepada kedua-dua belah pihak dan dapat diaplikasikan dan boleh diterjmahkan di BPPK, JAWI bagi memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan yang berurusan di BPPK khususnya di Unit Rundingcara. 

gambar-berita-ke-website-02  gambar-berita-ke-website-03
 gambar-berita-ke-website-04  gambar-berita-ke-website-01
   

Disediakan oleh :

Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga


Cetak   Emel