05:44
Imsak
05:54
Subuh
13:13
Zohor
16:31
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

TBM00

 
 

17 Mac 2016M / 08 Jamadilakhir 1437H (Khamis) Unit Penguatkuasaan, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) Cawangan Putrajaya telah mengadakan Program "Towards Better Muslims" (TBM) Siri 1/2016 yang bertempat di Bilik Mesyuarat, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Cawangan Putrajaya, Putrajaya.

Program "Towards Better Muslims" (TBM) adalah salah satu program pencegahan mereka yang melakukan kesalahan jenayah syariah terutamanya kesalahan di bawah seksyen 29 Akta 559 iaitu perlakuan tidak sopan di tempat awam.

Peserta Program "Towards Better Muslims" (TBM) ini seramai 36 orang peserta yang terdiri daripada OYDS (Lelaki) dan (Perempuan).

Program ini dimulakan dengan tayangan video dan disambung dengan sesi ceramah 1 berhubung dengan seksyen 23, 27 dan 29 Akta 559 yang disampaikan oleh Tuan Wan Jaapar Bin Wan Ahmad (KPPA-Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur), sesi ceramah 2 berhubung dengan Iktibar Kehidupan yang disampaikan oleh Tuan Haji Hazarudin Bin Baharudin (KPPK-Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Cawangan Putrajaya).


TBM01 TBM02
TBM03 TBM04
 TBM05  TBM06

 
Disediakan Oleh:

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan,

Cawangan Putrajaya.

 

 


Cetak   Emel