05:40
Imsak
05:50
Subuh
13:12
Zohor
16:35
Asar
19:20
Maghrib
20:34
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

 

IMG 0604

12 Mac 2016 (Sabtu) - Pusat Zon 4 dengan kerjasama Masjid Muadz Bin Jabal telah menganjurkan Program Celik Al-Quran (KKAQ) yang di dikelolakan oleh Persatuan Alumni Pusat Pembelajaran Usahawan Bumiputera Maju Malaysia (PPIUB) merupakan usahasama antara Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed) dan Akademik pengajian Universiti Malaya (APIUM).

Program tersebut yang bakal bermula pada April ini diadakan secara dalaman di Masjid Muadz Bin Jabal khusus untuk golongan kurang berkemampuan yang menetap di Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Desa Rejang, Sg Bonus, Air Panas dan Seri Semarak.

Pengarah Pusat pengajian Berterusan Universiti Malaya, Prof. Datuk Dr. Mansur Mad Isa berkata,”Membaca al-Quran bukan sekadar untuk tahu hukum tajwidnya, namun perlu membaca mengikut tertib dan mengalunkan dengan suara yang sedap didengar dan dihayati akan maksudnya”.

Program ini membuka peluang  kepada masyarakat umum di Setiawangsa yang berminat dengan kadar bayaran berpatutan.Peserta yang lengkap melalui tiga fasa dalam pembelajaran al-Quran, iaitu selama 18 bulan layak mendapak sijil dan boleh menjadi pembimbing kepada yang lain.

Majlis disempurnakan oleh Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Haji Othman Mustapha, di Dewan Utama Masjid Muadz Bin Jabal. Turut diadakan Majlis Bertukar M.O.A antara PPIUB dan UMCCed yang disaksikan oleh Ahli Parlimen Setiawangsa Datuk’ Ahmad Fauzi Zahari.

 

IMG 0600 IMG 0605
IMG 0611 IMG 0602
   
   


Disediakan Oleh:
Pusat Zon 4,
Bahagian Pengurusan Masjid

 


Cetak   Emel