05:40
Imsak
05:50
Subuh
13:12
Zohor
16:34
Asar
19:20
Maghrib
20:33
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

OKU Cacat Pendengaran Mendalami Fardhu Ain

pekak1

 

13 Mac 2016 (Ahad) - Bahagian Pengurusan Dakwah dengan kerjasama Persatuan Orang Pekak Islam Malaysia (PRISMA) dan Kelab Orang Pekak Islam Kuala Lumpur (KOPIKL) telah menganjurkan program Kelas Pengajian Fardhu Ain Orang Kurang Upaya (OKU) Cacat Pendengaran bagi remaja dan orang dewasa. Program berdurasi selama 2 jam itu telah diadakan bertempat di Surau al-Muhajirin, Kompleks Pusat Islam, Kuala Lumpur dan disertai oleh seramai 46 orang OKU cacat pendengaran dari sekitar Kuala Lumpur bermula jam 10.30 pagi.

Kelas Pengajian Fardhu Ain ini telah dikendalikan oleh YBrs. Bendahari PRISMA, Ustaz Hj. Aqlam bin Jafri membentangkan tajuk berkaitan “Solat Tiang Agama & Gerhana Matahari” yang mengupas tentang kewajipan solat dan kejadian gerhana matahari serta hubungkaitnya dengan kebesaran Allah S.W.T. Program Kelas Pengajian Fardhu Ain kepada OKU cacat pendengaran ini dilihat amat penting bagi Bahagian Pengurusan Dakwah untuk menunjukkan bahawa golongan ini tidak dipinggirkan dalam usaha JAWI menyebarkan ilmu agama sekaligus membantu mereka dalam mengerjakan ibadat dengan lebih baik dan sempurna. 

 

 pekak pekak2 

Disediakan oleh:

BAHAGIAN PENGURUSAN DAKWAH

 

 


Cetak   Emel