05:43
Imsak
05:53
Subuh
13:13
Zohor
16:32
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Kursus Peningkatan Profesionalisme dan Jati Diri Guru Besar SRA

 

 

27 Februari – 1 Mac 2016 (Sabtu-Selasa) - JAWI dengan kerjasama Persatuan Guru Sekolah Rendah Agama (PGSRA) telah mengadakan Kursus Peningkatan Profesionalisme dan Jati Diri Guru Besar SRA JAWI yang diadakan di Institut Latihan Islam Malaysia Wilayah Timur (ILTIM). Kursus ini melibatkan penyertaan seramai 16 orang pegawai Bahagian Pelajaran, JAWI dan 72 orang guru besar SRA di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Objektif kursus ini adalah memantapkan pengetahuan guru besar dalam kepimpinan sekolah dan kepimpinan instruksional serta memantapkan gerak kerja berpasukan atau team building antara guru besar dan guru-guru di bawah seliaannya. Selain itu, ia bertujuan memperkasakan kemahiran memimpin guru-guru besar Sekolah Rendah Agama JAWI serta mengeratkan hubungan silaturrahim antara guru dengan pihak Jabatan.

Pengisian program dalam kursus ini adalah berbentuk gerak kerja berpasukan (team building), latihan jasmani, outdoor games, qiamullail, muhasabah diri serta slot syarahan bertajuk Tugas dan Tanggungjawab Sebagai Muslim. 

 

 

 
 
 

 


Cetak   Emel