05:43
Imsak
05:53
Subuh
13:13
Zohor
16:32
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Pameran Sempena Program Jom JPJ Bersama Mu Dan Kenduri 1Wilayah Persekutuan

DBKLJPJ IMG 3788

27 Februari 2016 (Sabtu)Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah dijemput untuk membuka booth pameran sempena Program Jom JPJ Bersama Mu Peringkat Wilayah Persekutuan anjuran Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Kenduri 1Wilayah Persekutuan & Sesi Gotong Royong Sempena Sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2016 anjuran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bertempat di Pusat Rekreasi Jalan Jambu Golok, Taman Sejahtera, Segambut, Kuala Lumpur.

Program yang berlangsung selama dua hari ini berakhir pada 28 Februari 2016 (Ahad) dengan pelbagai aktiviti menarik yang disediakan antaranya Senaman Aerobik (Zumba), Pertandingan Sukan (Bola Jaring, Futsal, Tarik Tali, Lumba Lari Kategori Kanak-Kanak dsb), Pertandingan Nyanyian Karaoke, Cabutan Bertuah dan Jualan-Jualan Booth Gerai yang menarik seperti pakaian, makanan dsb.

Majlis Pelancaran Jom JPJ Bersama Mu Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Sri Ismail Bin Ahmad, Ketua Pengarah JPJ Malaysia manakala Program Kenduri 1Wilayah Persekutuan & Sesi Gotong Royong Sempena Sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2016 telah dirasmikan oleh YB. Datuk Seri Utama Tengku Adnan Bin Tengku Mansor, Menteri Wilayah Persekutuan.

Program ini adalah anjuran bersama Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Radio KLfm, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), UMNO Cawangan Segambut, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Pusat Pungutan Zakat (PPZ) Malaysia, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Skuad Muda Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

DBKLJPJ IMG 3769 DBKLJPJ IMG 3771
DBKLJPJ IMG 3846 DBKLJPJ IMG 3838
DBKLJPJ IMG 3919 DBKLJPJ IMG 3925
DBKLJPJ IMG 3998 DBKLJPJ IMG 4010
DBKLJPJ IMG 4020 DBKLJPJ IMG 4004

Foto dan teks oleh:

Mohamad Hafiz Bin Haji Zakaria


Cetak   Emel