05:43
Imsak
05:53
Subuh
13:13
Zohor
16:32
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Majlis Amanat Pengarah Jawi Bersama Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP)

Amanat IMG 3618

25 Februari 2016 (Khamis)Pengarah JAWI, YBrs. Tuan Haji Paimuzi bin Yahya telah menyerahkan surat pemangkuan kepada 15 orang calon yang layak dan terpilih bagi menyandang jawatan memangku DG34 berkuatkuasa 1 Mac 2016 dalam Majlis Amanat Pengarah JAWI Bersama Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) yang telah berlangsung pada jam 2.00 petang di Dewan Syura Perdana, Aras 11, JAWI, Kuala Lumpur.

Kaedah pemilihan bagi kenaikan jawatan ini bermula pada 21 dan 22 September 2015 yang lalu, melalui proses temuduga yang telah diadakan oleh Bahagian Khidmat Pengurusan, sebelum tapisan kedua yang dilaksanakan oleh pihak Jabatan Perdana Menteri.

Seramai 56 orang calon guru (daripada 57 orang calon) telah mengikuti temuduga tersebut. Soalan meliputi 3 kriteria yang ditetapkan, iaitu Kompetensi Khusus (skop bidang tugas sebagai guru), Kompetensi Umum (skop bidang kerjaya sebagai penjawat awam) dan Pengetahuan Islam.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada guru yang telah terpilih mendapat pemangkuan jawatan. Semoga para guru terus komited dalam melaksanakan tanggungjawab mendidik anak bangsa bagi melahirkan modal insan yang cemerlang di dunia dan di akhirat.

Amanat IMG 3563 Amanat IMG 3571
Amanat IMG 3568 Amanat IMG 3579
Amanat IMG 3581 Amanat IMG 3591

Foto oleh:

Mohamad Hafiz Bin Haji Zakaria

Teks oleh:

Unit Komunikasi Korporat

 


Cetak   Emel