05:43
Imsak
05:53
Subuh
13:13
Zohor
16:32
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Kursus Metodologi Penyelidikan

22-25 Februari 2016 (Isnin-Khamis) - Bahagian Penyelidikan, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dengan kerjasama Unit Latihan Bahagian Khidmat Pengurusan JAWI telah mengadakan Kursus Metodologi Penyelidikan Peringkat 1 yang diadakan di Bilik Latihan, Bahagian Pelajaran, Tingkat 3, JAWI. Kursus selama empat (4) hari ini bermula pada jam 8.30 pagi hingga 5.00 petang.

Kursus ini telah dibimbing oleh empat (4) orang penceramah pakar yang dijemput khas dari Razak School, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Kampus Kuala Lumpur. Mereka terdiri daripada Prof. Madya Dr. Nik Hasnaa bt Nik Mahmood, Prof. Madya Dr. Maslin bin Masrom, Dr. Wan Normeza bt Wan Zakaria dan Dr. Nor Raihana bt Mohd Ali.

Objektif pelaksanaan kursus ini adalah untuk memberi kefahaman kepada peserta mengenai pelaksanaan kajian penyelidikan yang standard mengikut kaedah yang betul dan sistematik disamping membantu peserta mengenalpasti topik serta konsep kajian yang sesuai dijalankan. Ianya juga sebagai platform membina hubung jalin dengan pelbagai agensi dalam menjalankan kajian penyelidikan.

Pengisian kursus di Peringkat 1 sebagai pendedahan kepada terminologi serta kaedah pelaksanaan kajian seperti kuantitatif dan kualitatif seterusnya proses pengumpulan data. Peserta turut didedahkan dengan penggunaan aplikasi IBM SPSS sebagai medium menganalisis data. Kursus ini juga membantu para peserta mengenalpasti permasalahan yang boleh dibaikpulih khususnya isu-isu berkaitan hal ehwal agama Islam di Wilayah Persekutuan.

Program ini melibatkan penyertaan seramai 35 orang peserta yang merupakan kakitangan di JAWI Kuala Lumpur, Labuan, Putrajaya dan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kursus di Peringkat 2 dirancang pelaksanaannya pada Mac akan datang dengan mengekalkan peserta yang sedia ada. 

 

gambar 1  gambar 2
 gambar 3  gambar 4

Cetak   Emel