05:43
Imsak
05:53
Subuh
13:13
Zohor
16:31
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Kursus Penyembelihan Halal Institut Kemahiran Baitulmal

27 Februari 2016 (Sabtu) - Bahagian Penyelidikan, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dengan kerjasama Institut Kemahiran Baitulmal (IKB), Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) telah mengadakan Kursus Penyembelihan Halal yang bertempat di Institut Kemahiran Baitulmal, Lot 1363 Jalan Perkasa, Taman Maluri, 55100 Kuala Lumpur bermula jam 8.00 pagi hingga 2.00 petang. Kursus ini telah disertai oleh 110 pelajar semestar pertama IKB. Kursus ini diadakan bertujuan untuk memberikan pendedahan berkaitan konsep penyembelihan haiwan mengikut hukum syarak, pemakanan halal dan isu-isu semasa halal. Ceramah telah disampaikan oleh Ustaz Abd. Fatah bin Yusof, Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Penyelidikan, JAWI dan sesi praktikal sembelihan dibantu oleh fasilitator daripada Bahagian Penyelidikan, JAWI. 
 
GAMBAR 1 GAMBAR 2
 GAMBAR 3  GAMBAR 4

Cetak   Emel