05:43
Imsak
05:53
Subuh
13:13
Zohor
16:32
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Peserta Hafazan Wilayah Persekutuan di Pentas Kebangsaan MHQ 2016

 

team wilayah 

20 Februari 2016 - Majlis Menghafaz Al-Quran Peringkat Kebangsaan Kali Ke-37 Tahun 1437H/2016M telah berlangsung pada 15 Februari hingga 20 Februari 2016 bertempat di Pusat Konvensyen Aman Jaya, Casuarina@Meru, Meru Raya, Ipoh, Perak Darul Ridzuan. Majlis Perasmian telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir Bin Haji Baharom (B), Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Manakala Majlis Penutup dan Pengurniaan Hadiah telah disempurnakan oleh Duli Yang Amat Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridhuan, Sultan Nazrin Shah Muizuddin Shah Ibni Al-Marhum Sultan Azlan Muhibuddin Shah pada 20 Februari 2016 jam 9.00 malam.

            Majlis Menghafaz Al-Quran telah berlangsung selama 6 hari dengan penyertaan seramai 78 orang peserta dari seluruh negeri dalam 3 kategori; Kategori 1 (1-10 juzuk), Kategori 2 (1-20 juzuk) dan Kategori 3 (1-30 juzuk). Persaingan sengit berlaku sepertimana diumumkan oleh Yang Berbahagia Dato’ Haji Othman bin Mustafa; Ketua Pengarah JAKIM merangkap Pengerusi Jemaah Hakim dengan 58 orang peserta memperolehi markah 90 % ke atas, 10 orang peserta memperolehi markah 80% dan ke atas serta 5 orang peserta sahaja yang memperolehi markah bawah 80%. Malahan markah yang tipis membezakan kedudukan antara Johan, Naib Johan mahupun Tempat Ke 3.

            Peserta dari kontinjen Wilayah Persekutuan telah dibimbing oleh Alfadhil Ustaz Mohd Zaki bin Ab Rahman dari Darul Quran. Mereka berjaya memenangi 2 kategori iaitu Cik Putri Nur Nadia binti Bakri (markah 96.26%) – Naib Johan Perempuan Kategori 2 (1-20 juzuk) dan dianugerahkan piala iringan, sijil penyertaan dan wang tunai RM4,000.00. Manakala Cik Farihah binti Zulkifli (markah 96.84%) – Johan Perempuan Kategori 3 (1-30 juzuk) dan dianugerahkan piala iringan, sijil penyertaan, wang tunai RM10,000.00 serta pakej mengerjakan ibadah haji. Manakala peserta-peserta Wilayah Persekutuan yang lain: En. Muhammad Imran bin Zulzamrin (Kategori 3), En. Abdul Aziz bin Karim (Kategori 2), En. Muhammad Fitri Naim Bin Roslan (Kategori 1) dan Cik Wisam Husnaa binti Ahmad Nazori (Kategori 1) telah berusaha bersaing dan melakukan yang terbaik semasa perujian hafazan dilakukan. Sepanjang majlis berlangsung, komitmen pegawai pengiring Ustazah Mumtazah binti Sanusi dan Ustaz Mohd Hafiz bin Zahaludin telah berjaya membantu dan menguruskan kelancaran urusan Kontijen Wilayah Persekutuan.

 

hafiz2   hafizah1
   
 hafiz5  hafiz4
  hafiz3

Foto dan teks oleh:

Bahagian Pengurusan Dakwah 

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)


Cetak   Emel