05:43
Imsak
05:53
Subuh
13:13
Zohor
16:32
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Program Ziarah Mahabbah Ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM)

LawPPUM 04

19 Januari 2016 (Selasa) – Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (MWPKL), Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah menganjurkan Program Ziarah Mahabbah Ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM). Seramai 16 orang pegawai dan kakitangan MWPKL yang diketuai oleh Imam Besar, Tuan Haji Zakariah Bin Isa, yang telah menyertai program ini. Program ini juga turut dihadiri oleh Tuan Haji Ahmad Nazar Bin Salleh, AJK MWPKL.

Program dimulai dengan majlis beramah mesra dengan Y.M. Prof. Dr. Tunku Kamarul Zaman Bin Tunku Zainol Abidin, Pengarah PPUM dan turut hadir sama YBhg. En. Iskandar Bin Ahmad, Timbalan Pengarah (Pengurusan) PPUM serta pegawai dan kakitangan PPUM.

Program diteruskan dengan sesi lawatan ke WAD Kanser Kanak-Kanak 5PA, 7PA, 8PA dan Wad Bayi Baru Lahir.  Sesi lawatan ini dimulai dengan bacaan doa oleh Imam Besar MWPKL. Seramai 100 pesakit telah menerima hadiah dan saguhati daripada MWPKL. Program berakhir dengan penyampaian sumbangan sebanyak 40 kain telekung dan 20 kain sejadah kepada Pengarah PPUM untuk ditempatkan di Surau-Surau PPUM.

Semoga program seumpama ini dapat menanam sikap prihatin di kalangan pegawai dan kakitangan MWPKL untuk terus membantu golongan yang memerlukan.

LawPPUM 02 LawPPUM 03
LawPPUM 05 LawPPUM 06
LawPPUM 07 LawPPUM 08

Foto dan teks oleh:

Masjid Wilayah Persekutuan,

Kuala Lumpur


Cetak   Emel