05:43
Imsak
05:53
Subuh
13:13
Zohor
16:32
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Zon A Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 1437H

TilAlZonA IMG 3441

23 Februari 2016 (Selasa) – Majlis Tilawah Al-Quran (MTQ) Peringkat Zon A merupakan program tahunan yang diadakan di Wilayah Persekutuan anjuran Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) yang diadakan bertempat di Masjid Muadz Bin Jabal, Setiawangsa.

Penganjurannya menjurus ke arah meningkatkan martabat dan mutu bacaan al-Quran. Di samping itu, ianya bertujuan untuk mencari dan mengetengahkan Qari dan Qariah di dalam pelbagai bidang pengajian al-Quran.

Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Zon A merupakan gabungan masjid-masjid dan surau-surau daripada Pusat Zon 1, 2 dan 4. Ini merupakan tahun ke-3 diadakan di peringkat Zon A di mana Pejabat Pentadbiran Masjid dan Surau Zon 4 terpilih menjadi tuan rumah.

Seramai 23 orang peserta Qari dan 5 orang peserta Qariah turut serta dalam pemilihan Qari dan Qariah MTQ Peringkat Zon A. Majlis Perasmian Penutup MTQ Peringkat Zon A telah dirasmikan oleh YBrs. Tuan Haji Paimuzi Bin Yahya, Pengarah JAWI.

Pemilihan Masjid Muadz Bin Jabal, Setiawangsa merupakan lokasi program yang dipilih berdasarkan kedudukan masjid yang strategik dan infrastruktur yang sesuai untuk penganjuran Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Zon A bagi tahun 2016.

Perujian Tilawah Al-Quran Peringkat Zon A telah memilih dua orang peserta yang mempersembahkan bacaan terbaik yang terdiri daripada Qari dan Qariah bagi mewakili Zon A dan akan meneruskan perujian di Peringkat Wilayah Persekutuan.

Antara para pemenang yang telah terpilih dalam perujian Tilawah Al-Quran Peringkat Zon A (Qari) ialah tempat pertama, Qari Wan Fakhrul Razi Bin Wan Mohamad, tempat kedua, Qari Haji Muadzeen Bin Ackil dan tempat ketiga Qari Hasan Al Fadhli Bin Abdul Rahman.

Manakala, pemenang yang telah terpilih dalam perujian Tilawah Al-Quran Peringkat Zon A (Qariah) ialah tempat pertama, Qariah Lailasari Binti Sabran, tempat kedua, Qariah Khamariah Binti Yusof dan tempat ketiga, Qariah Hajjah Zaitun Binti Nik.

Turut hadir, YBhg. Tuan Haji Yaakob Bin Abdul Rahim, Timbalan Pengarah Operasi dan YBhg. Tuan Haji Jaafar Bin Haji Ismail, Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Pengurusan Kariah.

TilAlZonA IMG 3416 TilAlZonA IMG 3388
TilAlZonA IMG 3397 TilAlZonA IMG 3387
TilAlZonA IMG 3383 TilAlZonA IMG 3424
TilAlZonA IMG 3452 TilAlZonA IMG 3534

Foto dan teks oleh:

Mohamad Hafiz Bin Haji Zakaria


Cetak   Emel