05:43
Imsak
05:53
Subuh
13:13
Zohor
16:32
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

 

 

IMG-20160223-WA0007

 

 

16 Februari 2016M / 7 Jamadilawal 1437H (Selasa) – Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga (BPPK), Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah mengadakan Mesyuarat Penyelarasan Urusan Perkahwinan Bagi Pemegang Kad UNHCR bersama Badan United Nations High Commissioner for Refugees (UNHCR) Malaysia di Dewan Syura Wawasan,Kompleks Pusat Islam, Kuala Lumpur

United Nations High Commissioner for Refugees (UNHCR) merupakan agensi pelarian United Nations yang telah ditubuhkan pada tahun 1951 untuk perlindungan antarabangsa dan penyelesaian kepada masalah yang dihadapi oleh pelarian. UNHCR beroperasi untuk melindungi hak pelarian dan membantu mereka dalam jangka masa panjang. Setakat ini, terdapat lebih kurang 156,600 orang pelarian yang berdaftar dengan UNHCR di Malaysia sama ada yang beragama Islam dan bukan beragama Islam. Pelarian ini tinggal secara berkelompok di seluruh negara termasuk dalam Wilayah Persekutuan.

Berdasarkan keperluan semasa, JAWI sedang merangka prosedur-prosedur berkaitan untuk menerima permohonan berkahwin daripada pemegang Kad UNHCR ini. Terdapat beberapa buah negeri yang telah memproses permohonan kebenaran berkahwin bagi pemegang Kad UNHCR antaranya negeri Selangor. Namun, JAWI masih meneliti dan menyemak prosedur-prosedur berkaitan sebelum melaksanakan proses permohonan perkahwinan bagi pemegang kad UNHCR ini agar prosedur ini dapat dilaksanakan dengan lebih sistematik.

Oleh itu, satu mesyuarat telah diadakan untuk mengenalpasti dan menyelaras isu-isu berkaitan urusan perkahwinan bagi pemegang kad UNHCR yang beragama Islam dan bermastautin di Wilayah Persekutuan bagi mencari penyelesaian dan keputusan yang terbaik secara bersama. Selain itu, mesyuarat ini juga bertujuan menjalinkan jaringan kerjasama agar urusan perkahwinan, perceraian, dan ruju’ yang melibatkan pemegang kad UNHCR beragama Islam di Wilayah Persekutuan dapat dijalankan dengan lebih teratur dan efisien.

 “Semoga pertemuan dalam mesyuarat ini dapat memberi manfaat kepada kedua-dua belah pihak. Sekiranya urusan perkahwinan dapat diurus dengan baik dan mengikut prosedur, banyak masalah berkaitan nikah, cerai, dan ruju’ yang berlaku dalam masyarakat dapat diselesaikan,” ujar Ketua Penolong Pengarah Kanan BPPK, JAWI Dr. Abdul Ghaffar bin Surip.

 

IMG 3634 IMG 3629
IMG 3653 IMG 3655

Disediakan Oleh:  

                                                                                                                          
Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga,

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

 


Cetak   Emel