05:43
Imsak
05:53
Subuh
13:13
Zohor
16:32
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Majlis Perjumpaan Pengarah Bersama Warga JAWI

Perjumpaan IMG 3366

22 Februari 2016 (Isnin) – Hampir 1,000 warga kerja Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) berhimpun di Majlis Perjumpaan Pengarah Bersama Warga JAWI, petang tadi di Dewan Muktamar, Kompleks Pusat Islam, Kuala Lumpur.

Majlis yang bermula pada jam 2.30 petang itu dimulakan dengan nyanyian lagu “Negaraku” dan lagu korporat JAWI oleh Kumpulan Koir dan seluruh warga JAWI. Bacaan doa pula dipimpin oleh Al-Fadhil Ustaz Mohd Abd.Nasir Bin Abdullah, pegawai Bahagian Perkahwinan Dan Pembangunan Keluarga JAWI.

Majlis seterusnya dipersembahkan tayangan multimedia iaitu memaparkan maklumat pegawai bertukar keluar / bersara / baharu serta aktiviti JAWI sepanjang November 2015 hingga Januari 2016.

Turut dimaklumkan Ustaz Mat Jusoh Bin Sudin, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Dakwah JAKIM yang sebelum ini pernah berkhidmat di JAWI telah meninggal dunia pada 20 Februari lalu di Hospital Tuanku Jaafar, Seremban.

Semasa acara kemuncak iaitu penyampaian amanat oleh YBrs. Tuan Haji Paimuzi Bin Yahya, Pengarah JAWI. Di mana beliau telah merakamkan penghargaan beliau kepada semua warga kerja JAWI di atas menjayakan semua program yang dirancang pada tahun 2015 dan berharap agar kecemerlangan ini diteruskan pada tahun-tahun berikutnya.

Majlis turut dimeriahkan dengan upacara penyampaian sijil penghargaan kepada setiap sektor dan bahagian serta hadiah kepada para pemenang Sukan Interzon Masjid, sekolah yang mendapat pencapaian keseluruhan terbaik (Pencapaian Gred Purata Sekolah Terbaik Mengikut Zon) dan dua Hero JAWI yang telah menyelamatkan mangsa ragut di pekarangan Kompleks Pusat Islam, baru-baru ini.

Majlis diakhiri dengan nyanyian Lagu “Maju Dan Sejahtera” sempena Sambutan Hari Wilayah Persekutuan secara berama-ramai dan bersurai pada jam 4.00 petang.

Perjumpaan IMG 3149 Perjumpaan IMG 3169
Perjumpaan IMG 3258 Perjumpaan IMG 3324
Perjumpaan IMG 3343 Perjumpaan IMG 3360
Perjumpaan IMG 3355 Perjumpaan IMG 3371

Foto oleh:

Mohamad Hafiz Bin Haji Zakaria

Teks oleh:

Unit Komunikasi Korporat


Cetak   Emel