05:43
Imsak
05:53
Subuh
13:13
Zohor
16:32
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Multaqa Pegawai Masjid, Guru Takmir & Guru KAFA Wilayah Persekutuan 2016

Multaq IMG 3090

18 Februari 2016 (Khamis) – Bahagian Pengurusan Masjid, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah menganjurkan Majlis Multaqa Pegawai Masjid, Guru Takmir & Guru KAFA Wilayah Persekutuan 2016 bertempat di Dewan Muktamar, JAWI, Kompleks Pusat Islam.

Antara objektif program tersebut ialah memberi pendedahan kepada guru-guru KAFA terhadap isu-isu semasa, meningkatkan profesionalisme pengajaran dan pembelajaran guru-guru KAFA terhadap tugas yang dipertanggungjawabkan, meningkatkan komitmen guru-guru KAFA terhadap pelaksanaan program KAFA yang dilaksanakan dan mengukuhkan integriti guru-guru KAFA terhadap amanah yang dipertanggungjawabkan.

Program ini dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh YBrs. Tuan Haji Paimuzi Bin Yahya, Pengarah JAWI dan kemudiannya diteruskan dengan ucapan perasmian YB Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir Bin Haji Baharom (B), Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Acara kemuncak majlis ialah penyampaian hadiah merangkumi beberapa kategori termasuk Penyampaian Anugerah Bilik Air Dan Tempat Wuduk bagi kategori Masjid dan Surau Jumaat Terbaik Wilayah Persekutuan 2015. Antara pemenang anugerah Kategori Masjid tempat Pertama dimenangi oleh Masjid Ar-Rahah, Kampung Kerinchi, Tempat Kedua dimenangi oleh Masjid Al-Mukhlisin Alam Damai, Cheras dan Tempat Ketiga dimenangi oleh Masjid Amaniah, Kepong.

Manakala bagi kategori Surau Jumaat pula Tempat Pertama dimenangi oleh Surau Al-Barakah, Menara Kembar Bank Rakyat, Tempat Kedua dimenangi oleh Surau Al-Manar, Presint 14 Putrajaya dan Tempat Ketiga dimenangi Surau Ar-Rahman, PWTC. Hadiah yang disediakan merupakan mock cheque bernilai 1,000 hingga 10,000, plug dan sijil.

Penyampaian Anugerah Surau Awam Terbaik Wilayah Persekutuan 2015 pula dianugerahkan bagi Kategori Institusi dimenangi oleh SMK Convent Jalan Peel, Taman Maluri dan Kategori Pusat Membeli Belah dimenangi oleh AEON MALL AU2, Taman Keramat. Pemenang menerima Plug dan Sijil.

Multaq IMG 2970 Multaq IMG 2977
Multaq IMG 2979 Multaq IMG 2993
Multaq IMG 3031 Multaq IMG 3044
Multaq IMG 3054 Multaq IMG 3064

Foto dan teks oleh:

Mohamad Hafiz Bin Haji Zakaria


Cetak   Emel