05:40
Imsak
05:50
Subuh
13:12
Zohor
16:35
Asar
19:20
Maghrib
20:34
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Program Pengajian Akbar Bersama Ulama’ Nusantara Siri 1/2016

10 Aqidatun

2 Februari 2016 (Selasa)Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (MWPKL) telah menganjurkan Program Pengajian Akbar Bersama Ulama’ Nusantara secara bertalaqqi selama dua hari sehingga 3 Februari 2016 yang telah dibimbing oleh Tuan Guru Baba Ghazali Bin Ahmad dengan mengguna kitab terjemahan Aqidatun Najin karangan Al-‘Alim Al-‘Allamah Al-Fahham Al-Syeikh Zainul Abdidin Bin Muhammad Al-Fathani bertempat diperkarangan Dewan Utama Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Program telah dihadiri seramai 1040 orang peserta yang terdiri darpada 556 Orang peserta lelaki dan 484 orang peserta perempuan. Pada hari pertama pengajian dimulai dengan pengenalan Kitab Aqidatun Najin dan majlis berhenti seketika untuk memberi laluan kepada Majlis Perasmian.

Majlis perasmian program ini dimulai dengan bacaan doa oleh A.F Ustaz Ashraf Bin Ibrahim, Penolong Pengarah MWPKL diikuti dengan ucapan aluan oleh YBrs. Tuan Haji Zakariah Bin Isa, Imam Besar MWPKL dan diteruskan dengan ucapan perasmian oleh YBhg. Tuan Haji Paimuzi Bin Yahya, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).

Hari Kedua Pengajian bertalaqqi diteruskan dengan kupasan bab pertama iaitu pengenalan Ilmu Usuliddin sehingga sub topik wajib mengenal Allah dan Rasul. Program berakhir dengan penyampaian cenderahati kepada penceramah.

Semoga program seumpama ini dapat menjelaskan tentang kekeliruan aqidah yang semakin menular di kalangan masyarakat masa kini disamping meningkatkan keyakinan pegangan aqidah yang benar menurut Al-Quran dan As-Sunnah di kalangan masyarakat secara menyeluruh.

14 Aqidatun IMG 2747 05 Aqidatun
12 Aqidatun IMG 2737 13 Aqidatun IMG 2744
11 Aqidatun 16 Aqidatun IMG 2813

Foto dan teks oleh:

Masjid Wilayah Persekutuan KL


Cetak   Emel