05:43
Imsak
05:53
Subuh
13:13
Zohor
16:32
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

MMJTA1


9 Januari 2016M/ 28 Rabiulawal 1437H (Sabtu) – Masjid Jamek Tengku Abdul Aziz Shah Kampung Sungai Penchala Kuala Lumpur dengan kerjasama Pusat Pentadbiran Zon 6 JAWI telah mengadakan Ceramah Khas Maulidur Rasul 1437H/ 2016M bertempat di Dewan Solat Utama, Masjid Jamek Tengku Abdul Aziz Shah Kag Sungai Penchala, Kuala Lumpur. 

Majlis bermula pada jam 6.30 petang hingga 10.00 malam. Di antara pengisian majlis ini adalah solat maghrib berjamaah,Persembahan Selawat oleh Imam dan Bilal Masjid Jamek Tengku Abdul Aziz Shah bersama pasukan kompang dari Madrasah Rumbia, Cabutan Jemaah bertuah dan Ceramah Perdana Maulidur Rasul yang disampaikan oleh Yang Hormat Ustaz Dato’ Badli Shah bin Alauddin, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pengursan Masjid&Surau Jabatan Agama Islam Pahang. Tajuk yang disampaikan adalah Rasulullah s.aw Dekat Di hati Dan Jiwa.Kira-kira 500 orang Jemaah yang hadir bagi memeriahkan ceramah perdana ini.

 

MMJTA2 MMJTA3
MMJTA4 MMJTA5
MMJTA6 MMJTA7


Disediakan Oleh:                                                                                                                            Masjid Jamek Tengku Abdul Aziz Shah,
Sg. Penchala, Kuala Lumpur

 


Cetak   Emel