TAKLIMAT NAIKTARAF 3 BUAH SURAU KEPADA SURAU JUMAAT
31 Disember 2015 (Khamis).Bahagian Pengurusan Masjid, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah mengadakan Majlis Taklimat Naik Taraf Surau Jumaat bertempat di bilik Mesyuarat Bunga Raya, Menara Pusat Islam, JAWI. Taklimat telah disampaikan oleh YBhg. Tuan Haji Abdul Nasir bin Ahmad, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Pengurusan Masjid. Turut hadir Penolong Pengarah Kanan, Pejabat Pentadbiran Pusat Zon 4 dan 5 berserta Penolong Pengarah, Unit Pengurusan Masjid, JAWI Cawangan Putrajaya.
Pada sesi taklimat tersebut, wakil daripada 3 buah Surau Jumaat telah hadir dan mendengar penjelasan berkaitan tindakan yang perlu diambil oleh Jawatankuasa Surau bagi memulakan operasi sebagai sebuah Surau Jumaat. Surau-surau tersebut adalah Surau Al-Ghazali, Maktab Tentera Diraja, Kem Perdana Sungai Besi, Surau Al-Husna, PPR Semarak, Setapak dan Surau Al-Iman, Jalan Presint 9B1, Presint 9, Putrajaya. Di akhir majlis taklimat tersebut, Ketua Penolong Pengarah telah menyerahkan Surat Kebenaran mendirikan solat Jumaat kepada Pengerusi Surau Jumaat yang berkenaan.
Foto dan teks oleh: Bahagian Pengurusan Masjid, JAWI |