05:43
Imsak
05:53
Subuh
13:13
Zohor
16:31
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Seminar Fiqh Kontemporari Peringkat Wilayah Persekutuan Siri 2/2015

3 Disember 2015 (Khamis) - Bahagian Penyelidikan, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) bersama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan kerjasama daripada Malaysian Takaful Association (MTA) telah mengadakan Seminar Pemahaman Takaful 2015 di Dewan Serbaguna Masjid Wilayah Persekutuan, bermula jam 8.30 pagi hingga 1.00 petang.

Seminar yang terdiri dari 2 orang penceramah, 7 orang panel dan 2 orang moderator telah memberi penjelasan terperinci berkaitan dengan isu-isu semasa syariah masa kini iaitu "Pemahaman Takaful 2015". Melalui seminar ini peserta diberi peluang untuk mengemukakan soalan dalam Sesi 4 - Soal Jawab bersama  ahli-ahli panel yang terdiri daripada pegawai syarikat takaful seperti Sun Life Malaysia Takaful Berhad, MAA Takaful Berhad dan Takaful Malaysia Berhad.

Program ini melibatkan penyertaan seramai 320 orang peserta dari pelbagai agensi kerajaan seperti pegawai dan kakitangan JAWI, imam-imam masjid, PDRM, guru-guru SRA, MSN, Arkib Negara dan lain-lain.

Objektif program ini adalah untuk memberi kefahaman kepada umat Islam terhadap isu-isu fiqh kontemporari, menjelaskan hukum sesuatu permasalahan kepada masyarakat mengikut Mazhab Shafie dan memperkukuh jalinan kerjasama dengan agensi luar.

 
FIQH 2015 1 FIQH 2015 2 FIQH 2015 3
 FIQH 2015 4  FIQH 2015 5  FIQH 2015 6

Cetak   Emel