05:44
Imsak
05:54
Subuh
13:13
Zohor
16:31
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Program Kembara Bakti 2015 “Jelajah Dakwah Ke Kg. Guai Temerloh Pahang”

KembaraBakti 11

20 November 2015 (Jumaat) – Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (MWPKL), Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah menganjurkan Program Kembara Bakti Ke Kg. Guai Temerloh, Pahang. Program telah melibat seramai 40 orang peserta dari Darul Quran (DQ) dan 400 orang Penduduk Kg. Guai, Temerloh Pahang.

Program ini berlangsung selama tiga (3) hari dua malam yang melibatkan pelbagai aktiviti kemasyarakatan. Program ini mendapat kerjasama padu dari Darul Quran, JKKK Kg. Guai, Sekolah Menengah Agama Ittfaqiyyah Kg. Guai, Sekolah Rendah Kebangsaan Kg. Guai dan Penduduk Kg. Guai. Program dimulakan dengan Majlis Perasmian yang telah disempurnakan oleh YBhg. Tuan Haji Yaakob Bin Abdul Rahim, Timbalan Pengarah (Operasi), JAWI dan diikuti dengan penyerahan anak angkat yang pesertanya terdiri daripada pelajar-pelajar DQ.

Antara aktiviti yang telah berlangsung adalah taklimat kemasukan pelajar ke DQ yang telah disampaikan oleh YBrs. Ustaz Mohd Taufik Bin Md. Arshad, dari Darul Quran, persembahan Qasidah oleh pelajar DQ, Bengkel Talaqqi, Klinik Fathihah, Smart Solat, Tadarrus, Sukaneka, Gotong Royong dan Forum Perdana yang terdiri daripada YBrs. Ustaz Hasyrafful Bin Amdan selaku moderator, YAA Dato’ Abd. Rahman Bin Hj. Yunos, Ketua Hakim Syarie Pahang selaku ahli panel Pertama dan YBhg. Ustaz Dr. Muhammad Lukman Bin Ibrahim selaku ahli panel kedua yang telah mengupas tajuk pengimaran masjid.

Program ini diakhiri dengan Majlis Penutupan yang dimulai dengan ucapan aluan oleh Tuan Haji Sarifuddin Bin Ibrahim, Pengerusi JKKK Kg. Guai Temerloh Pahang, dan diikuti dengan ucapan balas oleh Tuan Haji Zakariah Bin Isa, Imam Besar Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan kemuncak penutupan program telah disempurnakan oleh YB Dato’ Norol Azali Bin Sulaiman, Exco Kesihatan dan Tugas-Tugas Khas merangkap Adun Kg. Guai, Temerloh Pahang.

Semoga pengisian program yang telah digarap sepanjang program yang berlangsung sehingga 22 November 2015 ini dapat memberi manfaat kepada semua peserta dan penduduk kampung yang terlibat serta dapat dipraktikkan sebaiknya dalam kehidupan seharian.

KembaraBakti 02 KembaraBakti 08
KembaraBakti 06 KembaraBakti 13
KembaraBakti 15 KembaraBakti 16
KembaraBakti 20 KembaraBakti 25

Foto dan Teks oleh:

Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur


Cetak   Emel