05:44
Imsak
05:54
Subuh
13:13
Zohor
16:31
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Seminar Kekeluargaan-Poligami “Maniskah Madu Itu”

MaduItu 05

3 November 2015 (Selasa) – Cawangan Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Cawangan Labuan telah mengadakan Seminar Kekeluargaan-Poligami “Maniskah Madu Itu”. Seminar sehari ini turut dijayakan bersama oleh Pusat Pungutan Zakat.

Seramai 150 orang peserta yang semuanya terdiri daripada penjawat awam, NGO, guru-guru SRAI dan jemputan-jemputan lain telah hadir ke seminar ini. Seminar yang diadakan di Dewan Syura Masjid An-Nur telah menerima kehadiran yang amat memberansangkan daripada para jemputan. Jemputan kali ini telah mencapai sasaran. Pihak JAWI telah menjemput Ustaz Mohd. Fauzi Bin Mustafa dan Pendaftar Mahkamah Rendah Syariah WP Labuan. Tiga tajuk telah dibentangkan pada seminar kali ini.

Seminar sehari ini telah dirasmikan penutupannya oleh YBhg. Ustaz Mohd Zulaini Bin Yaacob mewakili Ustaz Sabarudin Bin Hasan, Ketua Penolong Pengarah Kanan, JAWI Cawangan Labuan.

Antara objektif penganjutan seminar ini:

  1. Memberi kefahaman mengenai poligami dalam Islam
  2. Memberi pendedahan serta pengetahuan bagi memahami dengan lebih jelas bagaimana menguruskan poligami yang dianjurkan dalam Islam
  3. Memahami hak dan tanggungjawab sebagai isteri dalam menerima poligami
  4. Menambahkan ilmu dan berkongsi pengalaman berkaitan isu-isu semasa yang berlaku di Malaysia mengenai poligami.

Semua peserta telah diberi sijil penyertaan sebagai tanda penghargaan atas sokongan dan komitmen kepada pihak jabatan.

MaduItu 01 MaduItu 02
MaduItu 03 MaduItu 04

Foto dan teks oleh:

Bahagian Perkahwinan Dan Pembangunan Keluarga,

JAWI, Labuan


Cetak   Emel